Thursday, September 6, 2012

KIMI si Kucing Oren (Siti Aishah Norzalina Mohd Suhaimi)

Email yang kami terima dari Aishah:

Rabu, 29 Ogos 2012 - 10.43am

Assalam rakan2 di KTAJ,

Suami sy jumpa seekor kucing berhampiran masjid Sri Rampai pd 17/8/2012 yg lalu.
Kucing tersebut mengalami luka besar di bahagian tepi perut. Waktu dijumpai luka tersebut mengeluarkan nanah setiap kali dia bernafas.

Kami segera membawa dia ke vet di melawati memandangkan itu shj vet yg paling hampir dan yg kami tahu.

Sesampai nye di klinik, doktor terpaksa cukur bahagian yg luka dan mendapati kulit bahagian ats luka telah pun reput menunjukkan luka tersebut telah lama. Doktor mengesahkan luka mungkin akibat pergaduhan kucing tersebut dgn kucing lain atau gigitan anjing. Doktor mencadangkan kucing ini di masuk kan ke wad memandangkan lukanya agak besar dan perlukan rawatan rapi.

Pd 22/8/2012 kami pergi ke klinik utk melihat perkembangan kucing ni. Alhamdulillah dia semakin sembuh dan luka mula kering. Tk perlu dibalut lg. Namun doktor masih tidak membenarkan dia dibawa pulang krn lukanya perlu dibersihkan dgn rapi. Kami pula tak cukup masa utk menjaga kucing ni sepenuh masa krn terpaksa memberi tumpuan kpd 10 ekor kucing yg kami foster dirumah.

d 25/8/2012, kami menziarahi kucing ni dan bercadang utk membawanya pulang namun malangnya dia disahkan dijangkiti virus parvo. Dia mengalami cirit birit yg berterusan. Makan tk nk. As at yesterday dia hanya bergantung kpd drip, glucose shj. Dia nmpk sgt lemah. Doakan dia cepat sembuh.

Memandangkan sudah agk lama kucing ni berada dia klinik, kos rawatan pun agk tinggi.
Dengan itu, Sy ingin memohon bantuan dana dr KTAJ untuk menampung kos rawatan kucing ni. Sy juga perlu menanggung kos rawatan 3 ekor kitten yg berada di wad akibat diarrhea. Doktor akan keluarkan jumlah kos rawatan pd hari ni. Sy berharap pihak KTAJ dpt membantu.

Terima kasih.


Ketika ditemui

Hari pertama ditemui

Keputusan ujian darah
  
Ketika rawatan

Selepas beberapa hari dirawat

Malangnya pada 29 Ogos 2012 yang lalu, Aishah memaklumkan kucing ini tidak dapat diselamatkan. 

Kos rawatan untuk kucing ini ialah RM862 dan SCRATCH membiayai 50% daripada kos rawatan ini. 

RIP dear kitty. 

No comments:

Post a Comment