Friday, August 31, 2012

SYAWAL aka WAWAL (Kes FIP)

Ketika salah seorang SCRATCHer kami, Cik F berbuka puasa di rumah neneknya di Klang, beliau ditemukan dengan kucing malang ini.

Kucing ini kucing jantan. Bukan buncit disebabkan bunting. 







Melihat keadaannya begitu, Cik F meminta pendapat rakan-rakan SCRATCH yang lain. Setelah berbincang, Cik F membawa kucing ini ke Klinik Haiwan Port Dickson pada 28 Julai 2012 yang lalu. . 


 

 


 Doktor yang merawat pun terkejut melihat keadaan kucing ini setibanya Cik F di sana.







Perutnya yang sangat besar menyebabkan ia sukar bergerak.






Beginilah rupa cecair yang dikeluarkan oleh Doktor Emi. Sebanyak 7 dulang air kuning ini berjaya dikeluarkan. Gambar di bawah pula ialah gambar kucing ini selepas cecair tersebut dikeluarkan.



Setelah diperiksa, Dr Emi mengesahkan kucing ini mengidap WET FIP, penyakit yang paling ditakuti oleh semua penyelamat dan pemilik haiwan kerana tiada ubat dan rawatan. Tiada vaksin untuk menghalang FIP dari menyerang kucing-kucing peliharaan kita, malah sangat mudah berjangkit melalui udara dan sentuhan . 

Mana-mana doktor yang merawat pun akan mencadangkan agar kucing FIP dimatikan (Put To Sleep), kerana risikonya yang sangat merbahaya kepada kucing-kucing lain termasuk kucing-kucing lain yang dirawat di klinik ini.

Dr Emi dengan baik hati telah membenarkan kucing ini diwadkan sementara di klinik beliau sementara kami berbincang mengenai keputusan yang perlu di ambil untuk kucing malang ini. 





Semasa perbincangan, seorang ahli SCRATCH, Ayie (beliau merupakan fosterer anak-anak kucing untuk Adoption Drive) telah menawarkan diri untuk menjaga kucing ini memandangkan jangkahayat kucing FIP tidak lama dan beliau tak sanggup melihat mana-mana kucing yang diselamatkan dimatikan begitu sahaja.

Setelah berbincang, kami akhirnya setuju untuk membenarkan Ayie menjaga kucing malang ini, dengan syarat beliau tidak boleh foster mana-mana kucing sekurang-kurangnya 3-4 bulan selepas ketiadaan kucing ini untuk memastikan tempat beliau bebas dari virus FIP.Ayie juga perlu menjaga langkah-langkah keselamatan ketika mengendalikan kucing ini memandangkan beliau juga merupakan feeder kucing jalanan di kawasan tempat tinggal beliau dan boleh merisikokan nyawa haiwan jalanan yang lain. 

Maka pada 30 Julai 2012, Ayie dan Cik F telah ke Port Dickson semula. Dr Emi telah mengajarkan cara-cara mengeluarkn lebihan cecair dari dalam badan kucing malang ini. 



Ayie telah dibekalkan dengan segala keperluan untuk kucing ini. 


Kucing ini telah diberikan nama SYAWAL oleh Ayie dan Cik F, dengan harapan ia mampu bertahan sehingga Hari Raya atau lebih lama dari itu. 

Ini gambar-gambar SYAWAL setelah cecair diluarkan. SYAWAL sangat-sangat kurus sebenarnya.




Setiap kali proses mengeluarkan cecair ini, Ayie perlu menyedut lebih kurang 200ml cecair pada badan SYAWAL. 




Ini gambar-gambar SYAWAL dalam jagaan Ayie. 






 


SYAWAL sangat manja dan suka dibelai.

Tak tahu berapa lama lagi masa yang ada untuk SYAWAL, namun kami sangat berterima kasih kepada Ayie kerana memberi peluang SYAWAL menikmati kasih sayang dan belaian.






Kesemua bil rawatan SYAWAL di tanggung oleh Dana SCRATCH. 

Kami mendoakan agar SYAWAL terus kuat dan bertabah. Amin...

27 comments:

  1. I shudder every time I hear FIP. I hope there will be a cure for this evil virus.I dont know what else to say. Brings back a painful memory. Lots of warm hugs and love to Syawal.

    ReplyDelete
  2. .

    (( Take Note )) UMNO BODOH - Kenapa BN Tak Buat HUDUD Sejak 50 Thn dulu?



    Tak ada apa yg perlu dijelaskan lg. Tak ada apa yg perlu diterangkan lg. Tak ada apa yg perlu diperincikan lg. Pemuda dan Puteri UMNO sememangnya BODOH.

    Bila kaum Cina menolak HUDUD, pandai pulak mereka sibuk2 nak bercakap pasal HUDUD. Yg Barisan Nasional yg dah memerintah lebih 50 tahun tak pernah buat HUDUD , 'Ada ko kisah'? Kepala otak pemuda dan puteri UMNO letak kat mana?

    Bodoh sangat kalau ada orang kata mengundi UMNO yg dah memerintah 50 tahun tanpa HUDUD lebih baik berbanding kaum cina yg tak faham HUDUD menolak HUDUD.

    Jadi, fikirkan sy ada alasan cukup kuat kenapa menolak BN dan menerima PAKATAN RAKYAT. Sememangnya mereka tak pernah buat HUDUD sejak 50 tahun dulu. Dan pemuda dan puteri UMNO memilih utk jadi BODOH.


    (Edit, copy & paste dari 'Page FB Kump. Adik2 Keluar UMNO')








    ~Janji Ditepati - Kami Tak KEBULUR dengan Jawatan dalam UMNO!! ~
    1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
    2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
    3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
    4 ~ http://www.selatanonline.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=196#196


    5 ~ http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1

    ReplyDelete
  3. maaf..saya tak rasa page nih tak sesuai untuk political issue..rasanya kami di sini takde perbezaan sebab kami semua sama sayangkan furkids..so politik diketepikan..

    ReplyDelete
  4. skrg, syawal msih ade lg ke??
    ade pape tips penjagaan or pantang larang ke..
    coz, kucing saya pn kne penyakit ni....

    ReplyDelete
  5. Kucing aku pun menghidap penyakit yg sama,aku sekeluarga dah buat keputusan akan tidurkannya sbb x sanggup lihat dia jenderita kesakitan sehingga nyawa terakhir,biarlah dia pergi dlm keadaan selesa dan aman.

    ReplyDelete
  6. pada pendapat aku, kita tidak ada hak untuk mematikan apa sahaja yang bernyawa , itu kan kerja ALLAH beb. memang lah amat kesian bila dengar apa lagi tengok kucing tu menderita . cuma kalau apa2 buruk terjadi , kena pasrah dan ingat , no more pain for them.

    ReplyDelete
  7. Salam, sy ada seekor kucing yg selalu keluar rumah dan kemungkinan mghidap fiv(januari).doktor nasihatkan sy"put to sleep" kucing su ni.tp sy tak smpai hati dsn harap dpt jaga dia slagi sy mampu.tp 2 hr nih sy tgk perot die tiba2 membesar mcm gambar syawal kat atas.apa yg boleh sy lakukan?mcm mna jIka sy perlu melakukan proses pengeluaran cecair sperti en.ayie lakukan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. xyah buang pun xpe nnt lama2 dia hilang sendiri.

      Delete
  8. Sy mggunakn id org lain(pinjam hp)tnp pngetahuan pemilik.

    ReplyDelete
  9. 24 march aku ade buat keputusan utk matikan kucing aku,tapi x sampai hati dan sehingga hari ini kucing aku masih bertahan.yang peliknye dari perut dia buncit banyak air skrg dah x buncit,kurus giler pastu jalan gelong2 x betul,kesian sangat dan skrg aku dlm dilema perlukah aku..........

    ReplyDelete
  10. 24 march aku ade buat keputusan utk matikan kucing aku,tapi x sampai hati dan sehingga hari ini kucing aku masih bertahan.yang peliknye dari perut dia buncit banyak air skrg dah x buncit,kurus giler pastu jalan gelong2 x betul,kesian sangat dan skrg aku dlm dilema perlukah aku..........

    ReplyDelete
  11. Berapa kos utk keluarkan cecair tu ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat Dr Zul Klinik TSB sg bulih awalnya kena RM40, kemudian gi lagi ke BRP Animal Surgeri kena RM135 nak buang air dan dia bagi ubat pil dan cecair

      Delete
  12. Saya pn nk tnya soalan yg sama..berapa kos utk keluarkan cecair tu..boleh bantu x? Kucing sy ada tanda2 wet fip ni.

    ReplyDelete
  13. Bubu, si stray cat yg sy selamatkan dan bela hampir 4 bulan disahkan menghidap Wet FIP.. sedihnya hati saya Tuhan aje yg tau.. umur bubu dlm 7-8 bulan.. kecik lg.. sy perasan 2,3 hari ni nafas dia kencang.. tidur sambil duduk.. x nak baring. kos rawatannya mmg tinggi.. doktor estimate dlm RM1000.00 utk xray, sedut cecair, treatment, warded, etc.. mmg penyakit FIP ni takde penawarnya dan akhirnya kucing akan mati jugak.. apa nak buat, dah kita sayang dia. nak x nak mmg terpaksa berkorban utk dia.. untuk bubu, apa pun yg terjadi mommy syg sgt kat bubu.. walaupun kita ditakdirkan dpt bermanja2 utk seketika, mommy akan cuba jaga bubu smpi ke akhir hayat bubu... (macamlah bubu boleh baca kan..huhu).. semoga Allah berikan bubu taman yg indah untuk bubu terus gembira berlari ke mana2 shj yg bubu suka.. sayang bubu always n 4eva..

    ReplyDelete
  14. Sy pun ada kucing penghidap penyakit wet FIP. Kos sekali rawatan sedut cecair + ubat RM 100... Kita usha selagi mampu, mmg ajal maut di tgn tuhan.. Selagi ada ikhtiar selamatkan, kita selamatkan 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam cik mimie Aida..sy ingin btanya tentang rawatan sedut cecair yang di lakukan tu..boleh kah sy ingin bhubung dgn cik dgn lebih lanjut..sy mohon jasa baik cik sgt2

      Delete
  15. Salam, please reply or ws ataupun msg call sy. Blh tak ajar mcamana nak buang cecair tu ? I need to know since everytime nak buang cecair tu i have to go to penang tp i stay dkt perlis. Kesian kucing penat dlm kereta since perjalanan agak lama. Ni numbe sy, i really hope u can help me 0175073435

    ReplyDelete
  16. kucing saya dh.disahkn FIP...sudah melakukan rawatan sedut cecair..dri perutnya..kos 390..doc.bgitau jangka hayatnya pndek..masih berharap agar sihat spt dulu...

    ReplyDelete
  17. kucing saya dh.disahkn FIP...sudah melakukan rawatan sedut cecair..dri perutnya..kos 390..doc.bgitau jangka hayatnya pndek..masih berharap agar sihat spt dulu...

    ReplyDelete
  18. kucing saya dh.disahkn FIP...sudah melakukan rawatan sedut cecair..dri perutnya..kos rawatan 60rm sahaja di klinik jln klang lama

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh saya tahu nama klinik di jalan klang lama apa?
      tq...

      Delete
  19. Saya ada terbaca, cara untuk menyembuhkan kucing FIP... kucing saya da 4 ekor mati sbb FIP, sekarang sekor kucing saya ada simptom FIP.. saya akan cuba dengan 1 sudu kcil cuka epal organik di letakkan pada 1 cawan minuman dan makanan kucing. Jika kucing tiada selera makan, cuba syringe makanan dan minuman pada kucing. Campuran Milo O dan susu kambing juga bole diberikan dengan 0.25ml/suku sudu kecil serbuk milo bagi menambahkan tenaga kucing. Semoga cubaan ini dapat membantu dengan keizinan NYA, Insya Allah..

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. Syazana NasuhaJune 7, 2017 at 11:54 PM
    Kucing saya pown disyaki menghidap FIP tapi dr bagi ubat untuk randang, tambah darah, antibiotik dan ubat untuk keluarkan cairan tu. Selepas makan ubat tu kucing saya kerap jugak kencing. Dr cakap semoga kucing saya sembuh walaupun untuk sembuh tu tipis. Dr cakap FIP takda ubat so siap sedia untuk kehilangan.

    ReplyDelete
  22. Kucing saya pown disyaki menghidap FIP tapi dr bagi ubat untuk randan, tambah darah, antibiotik dan ubat untuk keluarkan cairan tu. Selepas makan ubat tu kucing saya kerap jugak kencing.

    ReplyDelete