PROGRAM PEMANDULAN HAIWAN PELIHARAAN
PADA HARGA MURAH KEMBALI!
KINI DI KAMPAR PERAK!
PROGRAM SEHARI ini dibuka untuk memandulkan haiwan peliharaan anda pada kos murah bersempena pembukaan KLINIK HAIWAN KAMPAR, Perak.
Gambar kredit kepada Hwee San Tan |
Matlamat kami ialah mengurangkan populasi haiwan jalanan dengan menyediakan program pemandulan murah kepada pemilik-pemilik
haiwan. Ini bertujuan mengelakkan haiwan peliharaan daripada membiak
tanpa kawalan dan menjadi mangsa dibuang oleh pemilik-pemilik asal.
Tarikh : Ahad, 2 September 2012 & 30 September 2012
Lokasi : Klinik Haiwan Kampar, No 6 Jalan Siswa, Taman Kampar Siswa, 31900 Kampar, Perak.
No Tel : 019-7921377
Jantan : RM60
Betina : RM85
No Tel : 019-7921377
Jantan : RM60
Betina : RM85
PROMOSI LAIN:
A) Vaksinasi dan nyahcacing = RM30
B) Nyahkutu spot on = RM25
c) Pemeriksaan kesihatan dan consultation = RM20
D) Diskaun sehingga 15% untuk barangan yang dibeli di klinik ini.
Untuk mendaftar, emailkan ke ktaj0311@gmail.com [Subjek : CSD Kampar] bersama butiran lengkap di bawah :
1) Nama pemilik, no KP dan no telefon bimbit.
2) Gambar kucing yang ingin dimandulkan, nama, umur, jantina dan baka.
Sila beritahu kami sekiranya kucing ini belum pernah di vaksin.
Sila sebarkan program ini kepada rakan-rakan pemilik haiwan yang lain.
TERMA DAN SYARAT PEMANDULAN
1. TERHAD KEPADA BAKA DOMESTIK : Kucing kampung bulu pendek (DLH), kacukan bulu panjang (DLH) atau kacukan siam saja yang dibenarkan. Kucing baka exotic dan baka asli seperti Bengal, Persian dan Flat Face akan dicaj pada kadar biasa : RM80 untuk jantan & RM130 untuk betina.
2. Kucing yang ingin dimandulkan perlu mencapai umur 4 bulan dan ke atas bagi betina, dan 5 bulan ke atas bagi jantan. Berat kucing tersebut hendaklah sekurang-kurangnya 1.5kg dan TIDAK melebihi 4.5kg.
3. Semua sesi pemandulan perlu menepati tarikh dan masa yang SCRATCH tetapkan. Anda perlu membawa sendiri kucing² yang ingin dimandulkan ke klinik yang telah kami nyatakan.
4. Kucing berada dalam keadaan sihat dan TIDAK bunting.
5. Kucing yang ingin dimandulkan perlu dipuasakan 12 jam SEBELUM pembedahan.
6. Semua kucing yang dimandulkan perlu di bawa pulang pada hari yang sama. Caj di atas tidak termasuk kos boarding.
7. Kucing² yang dimandulkan perlu di kurung sekurangnya 5 hari untuk kucing jantan dan 7 hari untuk kucing betina untuk memastikan luka pembedahan kering dan sembuh sepenuhnya sebelum di lepaskan semula ke tempat asal / diserahkan kepada tuan baru.
8. Sekiranya berlaku komplikasi selepas pembedahan, sila beritahu kami dan bawa kucing tersebut ke klinik ini semula.
9. Sila pantau kucing² yang telah dimandulkan dari masa ke semasa.
*Bagi setiap kucing yang dimandulkan dalam program ini, RM5 akan disalurkan ke Dana SCRATCH.
HENTIKAN PEMBUANGAN HAIWAN YANG TIDAK BERDOSA.
MANDULKAN HAIWAN KESAYANGAN ANDA HARI INI!
saya nak tanya berapa ramai Dr yang akan melakukannya? siapa mereka? isteri saya ada menghantar kucing ke sana. sebab pernah terjadi saya menghantar kucing utk dimandulkan beramai-ramai (bukan ktaj ye!!), kucing saya bengkak telurnya & Dr yang membuatnya memberi alasan penat,sebab mereka berdua sahaja buat utk 25 ekor. terima kasih
ReplyDeleteHi Suhairi,
DeleteDr Nurul Ashikin dan suaminya yg akan terlibat dengan pemandulan ini.
Salam Suhairi, adakah saudara merujuk kepada Klinik Haiwan Kampar. Setahu saya setakat tarikh yang encik maksudkan saya belum pernah terima mana2 jumlah kucing sehingga 25 ekor pada satu2 masa melainkan program bersama UTAR passion for animal society (UPAS) pada 19/8/2012 iaitu sehari seblum raya dan jumlah yang haiwan yang terlibat hanya 11 ekor dan Saya tidak pernah memberikan alasan yang sedemikian terhadap amanah dan tanggungjawab yang telah dilandaskan ke atas klinik saya.Dan sebarang aktiviti yang lebih dari 10 ekor di klinik saya, pasti akan mendapat bantuan doktor veterinar yang bertauliah bagi menjalankan pembedahan.
Deleteminta maklum balas dari encik Suhairi.
Dr. Nurul.
bukan klinik kampar. klinik kampar baru buka kan? ini klinik di selangor. promotion dari ngo lain.tahun lepas
Deletesy tinggal di banting,selangor.sy amat berminat utk memandulkan kucing2 sy.ada x program pemandulan ini dilakukan de kawasan banting atau yg terhampir?maklum balas dr pihak KTAJ amat dihargai.
ReplyDeletePemilik haiwan di KL Selangor boleh gunakan perkhidmatan Klinik Kembiri Setapak.
DeletePromosi ini terhad kepada ucing jalanan shj atau kucing peliharaan rumah?dan untuk promosi ini,memang wajib untuk berdftar mellui menghantar emel kepada ktaj kah?kerana seperti sy,sy mempunyai empat ekor kucing betina di rmah yg ingin dimandulkn.
ReplyDelete