Pemandulan itu penting, selain untuk mengawal masalah populasi haiwan jalanan yang semakin meningkat dan mengelakkan risiko kehamilan yang tidak dirancang, ada beberapa alasan yang melibatkan kesihatan yang mampu menyatakan kepentingan melakukan pemandulan kepada si comel ini.
Kucing Betina
Vet akan melakukan sedikit insisi dibahagian yang telibat untuk mengeluarkan organ pembiakan kucing betina iaitu uterus dan ovari. Kucing akan disedatif sepanjang proses pemandulan. Selepas pembedahan, kucing perlu di jaga didalam cage sekurang-kurangnya 1 minggu untuk penyembuhan yang sempurna.
Mengurangkan risiko kanser kelenjar mamari
- melindungi kucing betina daripada mendapat kanser kelenjar mamari (kelenjar susu). Mandulkan kucing betina sebelum kitar estrus pertamanya bermula. Kitar estrus boleh bermula seawal kucing betina berusia 4 bulan. Setiap kali kucing betina mencapai waktu 'on heat', risiko untuk mendapat kanser mamari meningkat.
Hapus risiko kanser uterus dan kaser ovari
- pemandulan melibatkan proses pembuangan uterus dan ovari, tiada organ yang terlibat, tiada kanser..betul tak?!
Hapus risiko Pyometritis
- Pyometra ialah satu masalah infeksi bakteria yang serius dan mampu menyebabkan kematian jika tidak dirawat. Kucing betina yang telah dimandulkan tidak mempunyai organ uterus, maka tiada infeksi uterus akan berlaku...kan?!
Uterus yang sudah terinfeksi akan membengkak dan dipenuhi dengan nanah, ini boleh membawa kepada kematian jika dibiarkan. |
Kucing Jantan
Prosesnya lebih mudah, proses penyembuhan lebih singkat, kos juga lebih murah! Kucing akan disedatif sama seperti kucing betina, tiada insisi akan dilakukan kerana testis kucing jantan memang sudah berada diluar badan.. kan...Antara kebaikan pemandulan pada kucing jantan adalah:
- mereka tidak lagi sibuk untuk kencing merata atau gigih menyembur 'perfume' masing-masing
- lebih sopan dan tenang, kurang berminat utk bergaduh atau menyebabkan konflik
- lebih suka duduk dirumah dan kurang minat untuk merayau keliling kampung
- kesihatan lebih baik kerana kurang mendapat luka/kudis dan calar akibat bergaduh
- mengurangkan risiko mendapat FeLV dan FIV
- hapus risiko kanser testis
- kawasan disekitar ekor lebih bersih dan ekor akan menjaga lebih terjaga dan kurang berminyak berbanding kucing yang tidak dimandulkan
Saya dan dia sudah dineuter..anda bila lagi??? |
No comments:
Post a Comment