Cuba korang tengok sekitar halaman rumah
korang, atau di tepi-tepi padang tempat korang berjogging setiap hujung
minggu. Ada tak ternampak tumbuhan ini? Atau ada tak antara korang yang
pernah cuba tanam tumbuhan ini?
Tumbuhan ini dikenali sebagai
Catnip/Catwort/Catmint. Nama saintifiknya ialah Nepeta Cataria dan jauh
beza dengan Pokok Kucing Galak (Acalypha Indica).
Rupa Catnip/Catmint ni ada iras-iras daun pudina dan daunnya mempunyai bau herba yang kuat apabila dipetik. Apabila tua, ia akan menghasilkan bunga-bunga kecil berwarna ungu/putih.
Kesannya sama seperti Pokok Kucing Galak, iaitu memberi rasa seronok,
gembira dan ketenangan kepada kucing-kucing yang aktif (*tak semua
kucing menunjukkan kesan yang sama).
Selain kesan positif
kepada kucing, Catnip/Catmint ini juga sesuai diminum dan dijadikan
rawatan herba oleh mereka yang mempunyai masalah insomnia, stress,
migrain, sakit kepala, dan masalah penghadaman.
So kalo korang
terjumpa tumbuhan ni, cuba korang beri pada kucing korang untuk melihat
sama ada ia memberi kesan seperti yang dinyatakan di atas. Kali
pertama, mungkin si comel korang buat bolayan. Lama-lama mungkin si
comel korang bagi respond pada tumbuhan herba ini. Tapi make sure ianya
tumbuhan yang betul tau... sebab banyak rumput/tumbuhan yang rupanya
hampir sama, tapi sebenarnya berbeza ;)
orait
ReplyDeletenk beli or cari kt ner ??
ReplyDelete