Hi kawan kawan, apa khabar? Harap
harap semua yang sedang membaca entri kali ini berada dalam keadan sihat dari
segi fizikal dan mental. Kami?! Seperti rutin harian biasa, di awal pagi ada di
antara kami yang memeriksa/membalas e-mail, ada yang sibuk membuat keputusan
untuk subsidi dan ada juga yang bekejar ke veterinary hospital/klinik untuk
follow up kes kes yang memerlukan operation. Semua ini dilakukan sebelum kami
clock in kerja hakiki kami. Ya, kami ini semuanya adalah sukarelawan yang
mempunyai pekerjaan hakiki. Mungkin kawan kawan memikirkan kami menghadap
Faceboook dan e-mail untuk menjawab setiap shoutout S.O.S dan permohonan
subsidi, tetapi itu bukan lah reality nya. Setiap hari kami akan membahagi kan
masa untuk mengejar due date pekerjaan hakiki tetapi kami tidak pernah
meletakan tanggung jawab kerja sukarelawan ini di tempat kedua.
Jadi hari ini kami ingin
berkongsi perkara perkara yang perlu kawan kawan tahu tentang kami dan
adab-adab meminta pertolongan yang kawan kawan pekikkan samada dalam page KTAJ
mahupun dalam e-mail. Mari kami perihalkan dulu apa yang kawan kawan fikirkan
tentang kami dan apa sebenarnya keadaan kami:
1. Kuasa Luarbiasa Ala-Superman dan Superwoman
Kawan
kawan mungkin merasakan kami ini manusia luar biasa yang mempunya kuasa untuk
menyelamatkan setiap kucing yang dalam kesusahan.
Hakikatnya, kami
adalah manusia biasa seperti kawan kawan juga. Malahan tidak keterlaluan kami
ini banyak kekurangan dan kekangan sehingga kadang kadang terpaksa membuat dua
atau tiga kerja dalam satu masa. Jadi kadang kadang kami tidak mampu untuk
terbang ataupun teleport diri kami ke tempat di mana kucing tersebut memerlukan
bantuan. Selalunya apabila kami gagal untuk respond kepada S.O.S yang
dipekikkan didalam e-mail ataupun page, kami terus dilabel sebagai sukarelawan
yang tidak berguna dan selektif. Seperti yang dinyatakan, kami ini ada banyak
kekangan dan jujurnya kalau ditanya, kami sebolehnya mahu membantu. Jadi kami
memohon kepada kawan-kawan yang ingin meminta pertolongan mengambil kira
keadaan kami. Kawan kawan yang mahu menjadi independent rescuer perlu membuat
bahagian masing masing bukan hanya sekadar mengambil gambar kucing yang
sakit/dilanggar/luka dan meminta kami menyelamatkan ianya. Kerja kerja
menyelamat ini melibatkan usaha semua pihak. Kawan kawan perlu membuat apa yang
patut seperti membawa kucing tersebut ke klinik untuk mendapat rawatan awal dan
kemudian berbincang dengan kami tentang subsidi. Sekali lagi kami
ingin memberitahu kepada kawan kawan, kami bukan manusia super dan kami tidak
mungkin sekali kali dapat terbang atau teleport diri kami untuk menyelamatkan
kucing yang dalam kesusahan.
2. Kuasa Telepathy Professor Xavier of X-Men
Kawan
kawan mungkin merasakan kami mempunyai kuasa telepathy yang dapat menelaah
penyakit yang dialami kucing kawan kawan, ataupun alamat lokasi kawan kawan
bila meminta bantuan.
Hakikatnya,
tidak. Kami tidak mempunyai kuasa sedemikian. Sudah kami katakan yang kami ini
manusia biasa. Untuk kes kes pertanyaan penyakit kucing kawan kawan adalah
lebih baik dan wajar sekiranya dibawa terus ke klinik/hospital veterinary. Kami
hanyalah sukarelawan yang sangat sedikit pengetahuan tentang penyakit penyakit
kucing dan anjing. Kami mungkin boleh kongsikan cara penjagaan ataupun soalan
soalan yang boleh diajukan kepada doctor haiwan ketika kawan kawan membawa
kucing kesayangan/jalanan masing masing. Sekiranya kawan kawan mahu memohon
subsidy untuk pemandulan dan bertanyakan hospital/klinik yang murah tanpa
memberitahu lokasi kediaman kawan kawan, sesungguhnya kami memang tidak dapat
berbuat apa apa melainkan bertanya dan bertanya. Apabila kami bertanya ada
kawan kawan yang terasa dan menjawab secara kasar. Melekehkan keprihatinan
kami. Kadangkala kami pun tak pasti jawapan yang bagaimana dapat memuaskan hati
kawan kawan yang sebegini kerana kami tidak mempunya kuasa telepathy. Kawan kawan,
sekurang kurangnya sediakan informasi yang lengkap kepada kami supaya mudah
kami memberi jawapan. Kita sama sama sibuk dengan tugasan masing masing, apa
salahnya kawan kawan ringankan bebanan otak kami.
3. Kuasa Kuasa Khas Yang Di-Pertuan Agong
Kawan
kawan berpendapat apabila ada kucing atau anjing yang tersangkut di tengah
jalan raya, kamilah yang berkuasa untuk memberhentikan semua kenderaan dan
sekaligus megawal lalulintas.
Hakikatnya,
tidak sama sekali. Sebagaimana kawan kawan tidak mampu membantu kucing dan
anjing di tengah tengah kesibukan lalulintas, begitu juga kami. Adalah sangat
tidak adil dengan mengharapkan kami terbang ke sana sini untuk menyelamatkan
kucing di tengah jalanraya, di bumbung rumah jiran sebelah dan hatta ada juga
yang bertanya kepada kami ‘boleh kah kita berbuat sesuatu dengan animal cruelty
di negera jiran’. Kami minta kawan kawan yang sebegini untuk menghubungkan
saraf-saraf synapse sebelum menulis message S.O.S kepada kami. Kami bukan kerabat di-Raja. Yang Di-Pertuan Agong Malaysia masih lagi bersemayam di takhta dan tidak ada siapa menjadikan kawan kawan YDPA untuk menyuruh kami menyelamatkan kucing/anjing yang tersekat di jalanraya yang sibuk.
4. Anugerah Bintang Penyelamat Haiwan Paling Popular
Kawan
kawan pasti merasakan kami membuat kerja sukarelawan ini dengan agenda
tertentu, seperti untuk popularity dan glamour.
Hakikatnya kami
ini wujud untuk memberi kesedaran tentang pengurangan populasi haiwan jalanan
melalui kaedah TNRM – Trap Neuter Rehome/Release Manage. Oh kalau nak tahu
kawan kawan pasti ada selalu baca di
page KTAJ kami tentang jualan amal kami di beberapa lokasi/event. Percaya atau
tidak, ada di antara sukarelawan kami dilabel sebagai peminta sedekah yang suka
menyuruh orang membeli untuk memenuhkan tabung dana. Kami mengumpul dana untuk
diberikan kembali kepada mereka yang memerlukan terutama golongan yang
berpendapatan rendah untuk memandulkan kucing mereka ataupun kucing jalanan.
Kami juga mengumpul dana untuk meringankan beban kos perubatan kucing kucing
yang diselamatkan oleh rescuer. Kami mempunyai S.O.P yang telus di mana setiap
kes yang akan disubsidi perlu mendapat persetujuan ahli komiti persatuan. Kami
adalah NGO yang berdaftar maka kami akan diaudit setiap akhir tahun kewangan
persatuan kami.
Secara am nya,
kami sering dipandang hina kerana suka meminta minta dan disalah anggap
memenuhkan kocek sendiri. Tidak semua orang boleh memikul beban pertuduhan
sebegitu tetapi kami tebalkan muka membuat kerja kerja ini semua dan kami
berterima kasih kepada kawan kawan yang menyokong kami. Yang selalu datang ke
booth dan membeli sambil beramal. Yang datang berbual dengan kami. Tidak ada
yang menggembirakan bila mengetahui ada kawan kawan yang menghargai dan
menyokong misi/visi kami.
5. Hati Bukan Kristal
Kawan
kawan pasti ingat hati kami ini dari besi waja dan urat kami dari kasa dawai. Kami
nampak gagah perkasa dalam menjalankan kerja kerja sukarelawan ini.
Hakikatnya, hati
kami sama sahaja seperti kawan kawan. It bleeds. Terguris kalau dilempar dengan
kata caci maki atau jerit pekik ketika berkomunikasi. Kami manusia biasa,
punyai perasaan. Setiap hari kami berhadapan dengan kes kucing atau anak kucing
mati tidak dapat diselamatkan, samada mati dalam proses menyelamatkan ataupun
dalam jagaan. Kadang kadang kucing kami juga ada yang mati. Itu bukan suatu
hari yang mudah untuk dihadap setiap hari. Jadi adalah tidak adil jika kawan
kawan berkata ‘menjadi sukarelawan dan admin page mesti kental’. Betul!! Betul
sama sekali! Tidak ada yang betul melainkan betul semata mata. Tetapi kawan
kawan kena ingat, manusia itu dicipta dengan pelbagai limitations dan had
kecuali 2 perkara; kesombongan dan kebodohan. Dua perkara ini tidak ada had dan
kadang kadang tak tercapai akal manusia yang waras.
Sebagai contoh,
sekiranya kawan kawan berjaya mendapat subsidi dari kami, maka kawan akan
diberikan pautan untuk melengkapkan proses sehingga pembayaran boleh dibuat.
Kami tidak pasti ada di antara kawan kawan yang samada sengaja tidak membaca
isi kandungan pautan tersebut atau pun kawan kawan selectively membaca isi kandungan
pautan tersebut. Kesemua sukarelawan kami dilatih untuk menjawab dan
menerangkan mana mana klausa yang agak kabur atau sukar difahami oleh kawan
kawan. Sekiranya kawan kawan masih tidak faham, sukarelawan kami akan
menghubungi kawan kawan. Sehingga tahap sebegitu layanan yang kami berikan
kerana meraikan sokongan kawan kawan untuk menyelamatkan kucing ataupun
memandulkan kucing peliharaan/jalanan. Sukarkah untuk kawan kawan berbahasa
dengan penuh hemah dan berlemah lembut? Prosedur dan polisi kami bukan suatu
yang boleh diubah ubah mengikut kesesuaian kawan kawan. Ianya terpakai kepada semua kawan kawan yang lain hatta kepada kami sendiri.
Kami ingin
memberitahu dan, jangan terkejut, baru baru ini ada sukarelawan kami dijerit
semasa berbual di dalam telefon hanya kerana menyatakan kebiadapan seorang
pemohon subsidi yang melekehkan amaun subsidi yang kami tawarkan. Sukarelawan
kami diberikan penghormatan panggilan STUPID. Kawan kawan, adil kah untuk
sukarelawan tersebut menerima makian sebegitu? Ada juga antara kami yang
dipanggil dengan panggilan yang menyakitkan hati. Kawan kawan perlu ingat, kami
ini manusia, sama seperti kawan kawan. Sekiranya kawan kawan tidak suka
ditengking, diherdik dan dipanggil dengan panggilan yang menyakitkan hati, kami
juga tiada bezanya. Dan apabila kami membalas apa yang kawan kawan
katakan, kami terus dilabel kurang ajar
dan tidak professional. Kami masih mencari cari rational untuk melengkapkan
equation professional tersebut tetapi gagal. Bantu kami?
6. Kalau Kami NGO Kaya, Hari Hari Stray Cats dan Dogs Boleh Raya
Kawan
kawan pasti ingat kami NGO yang sangat kaya raya dan mempunyai dana sehingga
puluhan atau ratusan ribu.
Hakikatnya, kami
hanyalah organisasi yang kerdil tetapi kami sentiasa berkolaborasi dengan NGO
yang lain. Kami masih lagi dalam lengkung pembelajaran untuk kami setiap
derma/donation yang diberikan tidak ada satu pun amaun nya yang kecil. No
amount is small to us. Begitu juga sekiranya subsidi yang kami berikan kepada
kawan kawan yang memohon. Setiap ringgit
dan sen akan diaudit (kepada yang Muslim, duit ini akan dihisab di hari
kebangkitan kelak). Jika kawan kawan merasakan SOP untuk mendapatkan subsidi
ini terlalu sukar dan tidak berbaloi dengan amount yang diberikan, kami dengan
rendah diri memohon maaf. Tetapi adalah tidak adil untuk memperkecilkan jumlah
subsidi kerana selain dari derma orang ramai, sukarelawan kami berhempas pulas
membuat jualan amal di booth, mengorbankan masa hujung minggu mereka, malahan
sanggup menghabiskan duit sendiri. Kami betul betul terguris dengan ungkapan ‘....
because it has been too long waiting/communicating just for RM 500 ringgit, then forget it ‘. Kawan kawan boleh menolak
dengan baik sekiranya merasakan kami ini menyusahkan. Kami yakin, duit tersebut mampu dimanfaatkan kepada kawan
kawan atau kucing kucing yang lain. Kami NGO kecil dan janganlah dihina usaha
kami untuk member subsidi kepada kawan kawan.
Jadi kesinambungan dari itu kami
nak kongsikan pula adab adab berkomunikasi, berinteraksi, mengomen di email
atau di FB dengan kami:
1. Sekiranya
kawan kawan menulis e-mail kepada kami, sila perkenalkan diri kepada kami. Kami
tidak ada kuasa telepathy untuk meneka nama kawan kawan dari alamat e-mail yang
kadang kadang tergeliat lidah kami menyebutnya. Sekiranya keberatan memberitahu
nama sebenar, kawan kawan boleh perkenalkan diri dengan nama singkatan.
2. Sekiranya
kawan kawan mahu membuat shoutout untuk menyelematkan kucing, sila nyatakan
lokasi. Sama juga halnya sekiranya mahu memandulkan kucing. Sila nyatakan
lokasi dan jumlah kucing yang mahu dimandulkan berserta jantina. Ini penting
supaya kami boleh estimate jumlah yang akan dikeluarkan untuk subsidi dan
membuat kira kira kekuatan dana kami.
3. Laras
bahasa. Kami sangat sangat menghargai kawan kawan yang menggunakan bahasa
melayu atau bahasa inggeris yang boleh kami fahami. Kadang kadang kami
berhempas pulas untuk memecahkan ayat-ayat yang penuh dengan kosa kata
singkatan. Bersimpatilah dengan kami. Sebagai bangsa yang mempunya peradaban
yang tinggi, jika kita memohon pertolongan sila rendahkan diri dan carilah kosa
kata yang tidak menampakkan kita
mengarah itu dan ini. Sekiranya diberikan terma dan syarat, sila patuhi kerana
kita ini diposisi yang meminta. Jangan sombong.
4. Setiap
permohonan subsidi akan dibawa kedalam mesyuarat untuk mendapatkan persetujuan
committee members. Kemudian jumlah subsidi juga akan ditentukan berdasarkan
dana yang ada. Untuk pengetahuan kawan kawan, ini semua tidak boleh
diselesaikan dalam tempoh sehari. Kadang kala kami terpaksa membuat
investigation bagi mengelakkan double claim. Sekarang faham tak kenapa kami
memerlukan RESIT ASAL? Sepanjang penubuhan kami, telah banyak kali kami ditipu
oleh manusia sebegini. Ya mereka ini wujud dan kami sangat berhati hati. Bukan
senang nak mengumpul walaupun RM 500 dan kerana itu kami sangat sangat offended
dengan kawan kawan yang menghina jumlah subsidi kami. Intipatinya, sabar dan
boleh buat follow up dengan kami dengan sela masa yang sesuai. Kami tidak
galakkan kawan kawan buat follow up setiap dua jam sekali.
5. Menerima
teguran dengan hati yang terbuka. Samada di dalam talian telefon ataupun di
dalam e-mail. Sekiranya kawan kawan beranggapan bahawa alam cakerawala berputar
berpaksikan diri kawan kawan, sila tampar diri sendiri dan segera sedar itu
adalah fantasi. Sebahagian kami yang mempunyai pengalaman akan memberi teguran
tentang sesuatu perkara dan sekiranya pihak kawan kawan tidak boleh menerimanya
serta merta berhenti berkomunikasi dengan kami. Ini sebenarnya adalah win-win
situation. Kami tidak perlu menerangkan bahawa paksi cakerawala adalah BUKAN pada
diri kawan kawan dan kawan kawan juga tidak perlu meyakinkan kepada kami
sebaliknya.
6. Menjawab
persoalan yang ditanya di dalam e-mail. Kami akan bertanya banyak soalan dalam
satu e-mail ataupun rentetan email yang lain. Sila baca dan fahamkan sebelum
membuat email balas. Ini bagi memastikan kami tidak bertanya soalan yang sama
berulang kali. Kami adalah kumpulan orang yang sangat practical dan kami amat
menghargai sekiranya pihak kawan kawan menjawab soalan kami secara pendek
ringkas direct. Kami tidak mempunyai kekuatan untuk menafsir ayat tersirat dan
prosa klasik dalam jawapan kawan kawan. Bantu kami dengan ayat mudah untuk
melancarkan proses pemberian subsidi.
Kawan kawan perlu ingat
bahawasanya subsidi ini dari kawan kawan untuk kawan kawan juga. Ianya bukan
milik kami tetapi kami adalah pemengang
amanah untuk mentadbir subsidi ini. Oleh
itu kita perlu saling hormat menghormati sesama kita supaya lebih banyak kucing
jalanan dapat diselamatkan dan populasi mereka dapat dikawal dengan lebih
berperikemanusiaan.
Menulis bagi pihak SCRATCH team members
-Encik MemeranGemok-
ada juga manusia yg dah mintak tolong tp tak bersyukur, saya kat sini selalu menolong kucing2 jlanan guna duit sendiri aje, kadang2 nak beli baju ke tudung ke, terpaksa berjimat demi untuk kucing2.
ReplyDeletesama-sama. rakan empat kaki lebih besar belanja seminggu drp perbelanjaan persendirian .
ReplyDeleteYour old posting that I found searching for "adab memohon bantuan". i can terribly relate. Some snot just simply arrogant and annoying asking for help as if they are entitle and we are the one to readily available to deliver a super premium services
ReplyDelete