Hai kawan kawan ~!
kami nak kongsi cerita event. alhamdulillah hampir setiap bulan kami mendapat jemputan untuk menganbil bahgaian dalam program untuk menambah dana kami melalui jualan amal. Kami benar benar terhutang budi dan berterima kasih dengan presiden KKM, Pak Khalid yang sentiasa menghubungi kami sekiranya ada program yang boleh kami sertai. Kawan kawan sila support page KKM juga yer! Oh boleh tekan di sini, ye di situ ada linknya, tekan lah.

face painting atau conteng-conteng muka adalah aktivti paling 'panas' di booth kami. untuk pengetahuan kawan kawan, kami ada 3 orang cik adik yang comel, mempunyai bakat membuat face painting. setiap contengan akan dikenakan 5 ringgit dan terpulang kepada kawan kawan sekiranya mahu menderma lebih. semua bayaran untuk face painting masuk ke dana kami. face painting tidak terhad kepada kanak kanak sahaja. ada jugak cik akak, cik abang yang sangat sporting membenarkan kami menconteng muka mereka menjadi harimau, kucing cute dan sebagainya. terima kasih kepada mereka yang menyokong face painting kami.


ini Jimmy Boy dan Oren. diselamatkan oleh volunteer kami yang paling cute. Jimmy Boy dan Oren pernah berada di event putrajaya bulan september yang lalu. walau bagaimanapun nasib belum lagi menyebelahi mereka kerana masih belum bertemu dengan keluarga yang benar2 menyangi kucing berbulu pendek. rata rata yang bertanya kepada kami 'ada tak kucing berbulu panjang' atau 'baka itu dan baka ini'. kawan kawan, tuan puan, kucing kampung adalah yang paling unik kerana attitude dan personalitinya. jangan diskriminasikan kucing kampung hanya kerana mereka berbulu pendek. kenali mereka dan pasti tuan tuan, puan puan dan kawan kawan akan jatuh cinta. percayalah, kami sudah menyelamatkan pelbagai jenis baka kucing dari yang mahal hinggalah yang diimport, tetapi kucing kampung tetap di hati!
Eh nanti kami akan berada di SACC Mall Shah Alam! marilah berjumpa dan beramah mesra~~
Kredit: Gambar dari Kak Po dan Encik Bull Terrier yang Terrer.
-Encik Memerangemok-
No comments:
Post a Comment