Thursday, April 17, 2014

TIPS KOMENG: Membiasakan kucing dengan persekitaran baru

Tips ini sesuai untuk mereka yang baru meng'adopt' atau di'adopt' kucing.



PERKARA YANG PERLU DIBUAT:

1 . Letakkan kucing yang baru tu dalam cage untuk membiasakan dia dengan rumah baru. Dan lagi satu sebab adalah untuk elakkan dia lari dari rumah (kalau belum neuter boleh jadi bohsia bohjan)

Tempoh sesuai: 1 -2 minggu

2 . Luangkan masa dengan kucing baru tu, belai2 dia, cakap2 dengan dia. Biar kucing tu kenal dengan 'bau' tuannya. Paling bagus buat macam ni semasa/selepas bagi kucing tu makan.

Sekiranya kucing ini diadopt dari rescuer/fosterer, ada sesetegah mereka ada mainan/bantal/lapik/tuala. Sekiranya ada kucing-kucing ini terbiasa dengan permainan atau 'bantal busuk' macam ni, kalau boleh mintak dari rescuer/fosterer. Biar kucing tu ada dengan benda yang dia dah biasa

Tempoh sesuai - seumur hidup

3. sekiranya anda adopt dari rescuer/fosterer, pastikan anda tanyakan jenis makanan yang diberi sebelum ini. Ikut brand yang sama, jangan tukar secara mendadak kerana ini boleh menyebabkan kucing mengalami masalah seperti cirit birit dll. Tukar secara sikit-sikit dengan mencampurkan makanan baru dengan yang jenis lama, sehingga kucing tu dah biasa, baru boleh tukar sepenuhnya.

Untuk anak kucing, jangan bagi makan terlalu banyak bagi setiap meal. perut terkejut kang leh cirit birit jugak. cirit birit adalah berbahaya terutama untuk anak kucing

4 . Sekiranya ada kucing lain di rumah, buat perkara 1 dan 2, tapi adakalanya bawak keluar cage tu ke dapur atau kawasan yg mana kucing lain selalu lepak. Just biar kucing-kucing senior perasan akan kehadiran kucing baru ni. Tempoh yang sesuai adalah selama 30minit setiap sesi, sekali sehari, selepas kucing baru tu makan.

(kalau sebelum makan, mungkin kucing tu akan takut dan terus jadi tak lalu nak makan. Utk kucing senior, lepas makan, dorang kenyang dan hepi, so masa tu yg sesuai utk kenalkan 'kawan' baru)

Peringatan: Semasa tips no 3 dibuat, adakalanya kucing-kucing senior tersebut akan ada keluarkan bunyi-bunyi macam nak gaduh, hissing dan sebagainya. Jangan takut, biarkan saja..buat muka kering. Kucing yang baru tu mungkin akan berundur ke sudut cage. Tapi biarkan jugak, tak perlu cakap apa2 kecuali jika ada body contact dgn cage yg boleh memudaratkan. Tabahkan hati ye..jiwa kasi kental

Biasanya selepas 3-4 hari bunyian kurang sedap didengar tu akan berkurangan. Selalunya juga, dalam tempoh ni jangkamasa yg diambil oleh kucing senior utk kepochi cium-cium kat cage kucing baru tu makin hari makin sekejap, berbanding hari pertama.Kalau ini terjadi, dia dah masuk dalam mode 'Whateverlah sapa pun ko ni'. Maknanya penerimaan tahap satu hampir berjaya.Yess!

5 . Ulang tips no.2 kepada kesemua kucing di rumah, pada masa2 yang berasingan antara kucing senior dan kucing baru. Jangan bg kucing senior nampak anda belai kucing baru. Nanti dorang jeles. Dorang sudah jeles kalu..lambatla dorang nak accept

6 . Sedia menjadi macam orang tak betul cakap dengan kucing. Kucing sebenarnya sikit sebanyak boleh menangkap/faham emosi tuannya. Lagi bagus kalau cakap gaya orang dewasa, bukan cakap bahasa baby. Cayolah cakap den

7. [optional] Sekiranya ada kucing lain di rumah dan anda boleh letakkan kucing2 senior dlam bilik.

Selepas seminggu, keluarkan kucing baru tu dari cage, bagi dia ruang utk explore persekitaran rumah sambil diawasi oleh anda. Tapi pastikan kucing2 lain tiada di tempat yang sama. lakukan ni setiap hari dalam 5 minit, mungkin pada waktu malam.

8 . Sabar dan tabahkan hati. Insyallah jika anda bersabar dan cuba perkara-perkara di atas..kucing-kucing anda dapat menjadi geng b̶a̶s̶ ̶s̶e̶k̶o̶l̶a̶h̶

PERKARA YANG JANGAN DIBUAT

1 . Biarkan kucing baru terus bebas dalam rumah. Kemungkinan untuk lari adalah sangat tinggi.

2 . Tak sabar nak kawankan kucing lama dan baru lepas tu bila kucing-kucing gaduh nak bagi balik kat rescuer. Padahal baru sehari je kot..Ini namanya menyusahkan dan kdg kala boleh menaikkan tekanan darah, toksah dibuat ye

Sekian #tipskomeng pada hari ini 

p/s:
Komeng kata kena baca tajuk tips di atas tu kuat-kuat dengan gaya #Doraemon, dan share post ni kat ramai orang baru berkesan!



1 comment:

  1. Normal ke kucing bru bila kita belai die sapu2 die baek, bila tinggalkn sekejap trus die jd garang blik time kita nk sapu..erm

    ReplyDelete