Thursday, April 17, 2014

Nutrisi Asas Untuk Kucing

ASAS YANG PERLU TAHU:


1. Kucing ni sebenarnya adalah karnivor (kata dah keluarga rimau kan). Ini bermakna diet kucing perlulah banyak protein. 

2. Kucing boleh beri respon pada rasa masam, pahit dan masin. Rasa manis sangat kurang atau tiada langsung
(semua rasa tu cam rasa ubat je, padanlah seksa)

3. Tunas rasa kucing yang kurang diganti dengan kebolehan menghidu yang baik. Kedua-dua deria rasa dan bau ni terletak dalam kawasan otak yang sama.

Makanan yang dipanaskan/suam lebih menyelerakan berbanding makanan yang sejuk kerana aromanya lebih kuat. Kalau kucing sakit atau makanan tu dari dalam peti ais, seeloknya perangat sikit makanan sebelum bagi kucing makan.

4. Makanan asasi kucing (sebelum didomesticatedkan) seperti tikus mengandungi 40% protein, 50% lemak dan 3% karbohidrat (umang aii lemak)

5. Diet yang baik untuk kucing dewasa haruslah ada 26% protein dan lemak secukup rasa, dalam 9%

6. Lemak penting utk kucing pasal ia membantu dalam kelangsungan sistem saraf, kulit dan proses metabolisma

7. Kucing ni takde enzim amilase kat air liur. Jadi tiada keupayaan yang efisien untuk mencerna karbohidrat dan kanji yg ada. Cerna tu boleh, tapi lambatla

Dry food/kibbles pun ada kandungan karbohidrat yang tinggi. tapi masa proses buat kibbles tu, ianya dibakar pada suhu yang agak tinggi, jadi kanji dalam karbohidrat tu dah terpecah (break down) dan ini memudahkan kucing mencerna karbohidrat

Kalau nasi tu memang sah-sah karbohidrat, kalau boleh kurang atau tiadakan langsung. Lebih banyak tahap karbohidrat terkumpul yang tidak mampu atau lewat dicerna, maka tahap glukos kucing akan tinggi dan semakin tinggi.  (err..bagaimana pula dengan beras Faiza Herba Ponni Taj Mahal yang tanpa kanji tu?)

8. Kucing tidak makan sayur. Jadi jangan mengarut m̶a̶c̶a̶m̶ ̶a̶d̶a̶ ̶s̶o̶r̶a̶n̶g̶ ̶t̶u̶a̶n̶ ̶k̶u̶c̶i̶n̶g̶ ̶y̶a̶n̶g̶ ̶k̶a̶t̶ ̶n̶e̶g̶a̶r̶a̶ ̶a̶t̶a̶s̶ ̶a̶n̶g̶i̶n̶ ̶t̶u̶ nak bagi kucing makan sayur.

OK..ini yang asas saja ya..banyak lagi maklumat tapi takut berdarah mata nak membaca. Mungkin boleh buat episod-episod lain.

Jangan lupa share!

p/s:
Komeng kata intipati utama ialah dia nak bagitau kalau boleh jangan bagi kucing makan nasi.

Tapi apapun, kepentingan untuk berkongsi rezeki yang ada sesama makhluk tu lebih penting, dari tak bagi langsung :)



No comments:

Post a Comment