Wednesday, December 18, 2013

Berlari Di Jambatan Pelangi

Hi kawan kawan, 

Minggu ini minggu yang agak sukar dan penuh emosi bagi warga SCRATCH/KTAJ. Satu demi satu berita kematian anak anak bulu kami terima dan memberatkan sarat di dada. Kami tidak berniat ingin menyuramkan hati para pembaca tetapi kami hanya ingin berkongsi kesedihan hati. Kami harap pembaca dan follower blog SCRACTH/KTAJ memahami apa yang kami tanggung dan lihat hampir setiap hari. 


Kes Pertama: Adik Tanpa Nama 

Tidak diketahui berapa usia adik ini, barangkali kurang dari sebulan melihat dari tapak kakinya. bahagian badan yang lain sudah mengembung dan berbau. Salah seorang volunteer kami melakukan rondaan di sekeliling flat kediamannya dan tersentak melihat sekujur tubuh kecil terbaring tidak bergerak.
Tiada alunan nafas dan tiada tindak balas ketika didekati. Adik tanpa nama disyaki mangsa langgar lari. tidak perlu deskripsi detail kerana keadaannya sangat2 menyedihkan. kesan darah kering masih ada di satu petak parkir seolah olah memberitahu adik ini telah lama tidak bernafas. lebih memilukan bilamana sekujur tubuh kecil ini disumbat ke dalam satu lubang sesalur ke longkang. mujur tidak terus jatuh ke dalamnya. apalah salahnya kalau adik ini dibalut dan ditanam tanda hormat kepada satu nyawa. sudah lah dilanggar, dicampak sahaja ke tepi longkang. bagaimana mungkin kita ini boleh mengangkat diri sebagai khalifah di muka bumi? atau menjadi 'the good shepherd'? kenapa kita terlalu sombong dan memandang hina serta sepi kepada haiwan jalanan seperti adik ini? 

Adik tanpa nama sudah pun selamat ditanam. Adik pergi terlalu awal tetapi kami yakin kini adik bergembira di jambatan pelangi menghindari dunia yang penuh dengan manusia zalim, sombong dan bongkak. kepada pembaca entry ini, kami mohon tuan tuan, puan puan, cik, encik, abang,kakak dan adik semua supaya bersifat empathy dan simpati kepada haiwan jalanan. kadang kadang mereka tak mahu pun makanan dari kita. cukup dengan gosokan di kepala dan perut. cukup untuk mereka tahu yang mereka juga disayangi. 


Kes Kedua: Hachiko 

Hachiko anjing lincah milik salah seorang independent rescuer bernama Ah Mun. Hachiko adalah anjing terbiar yang diselamatkan oleh Ah Mun kemudian menjalani sessi pemulihan menjadi anjing pengawal. Ah Mun merupakan kawan baik kepada kami warga SCRATCH. 

Pada 16 December kawasan rumah perlindungan anjing yang dibina Ah Mun dimasuki ular tedung. Hachiko menjadi wira membunuh ular tersebut dan menyelamatkan kawan kawan berkaki empat yang lain. tidak menunjukkan apa apa tanda keracunan, pagi tadi kami dikejutkan dengan kematian Hachiko. tiada tanda gigitan ular dan tiada pula buih di mulut hachiko sekiranya dia tergigit kantung racun ular tersebut. Kami diberitahu bahawa Hachiko sihat seadanya pada sebelah petang makan dan bermain dengan kawan kawan yang lain. Pada 17 haribulan kami amat bersedih dengan pemergian Hachiko yang menggadaikan nyawa untuk menyelamatkan kawan kawan yang lain pada hari ini. Pengajaran di sini, kepada mereka yang selalu memandang hina anjing, kadang kala perangai manusia jauh lebih teruk dari anjing. kami bersimpati dengan Ah Mun yang ketika ini sedang bersedih dan berkabung.  


Kes Ketiga: Adik Rektum

Semalam kami menerima 1 email dari Hidayah memohon subsidi perubatan untuk anak kucing yang diselamatkannya di tepi longkang besar. Adik rektum baru berusia lebih kurang 2 bulan, mengalami rectal prolapse & badannya tersangat kurus. Bila dipegang hanya rasa tulang. Sebelum Hidayah email kepada kami, dia sudah terlebih dahulu bergegas ke klinik sejurus dia terjumpa Adik Rektum. Klinik 1 memberitahu si comel ini tiada harapan untuk hidup lama kerana keadaannya yang sgt2 teruk dan menyarankan untuk menjalankan surgery secepat mungkin atau PTS. Hidayah tidak berputus asa dan mengambil keputusan membawa ke kilnik lain untuk pandangan kedua.  

Klinik 2 memberitahu perkara yang sama iaitu adik rektum dalam keadaan yang sangat lemah kerana dehydrated, darah yang sangat2 kurang sehingga pucat & lelangit kebiruan, jangkitan di bahagian hujung usus yang teruk, badan yang terlalu kurus. doctor tidak bersetuju untuk menjalankan surgery memandangkan ianya berisiko tinggi; si comel mungkin tidak akan bangun selepas pembedahan. Doctor sarankan samada di PTS atau tunggu dalam masa 2 minggu dan sekiranya adik rektum dapat bertahan maka pembedahan akan dilakukan.

Hidayah masih tidak berputus asa. Dengan nasihat kawan2 yang lain, dia bawa pulang Adik rektum ke rumah untuk 1 malam sebelum dihantar ke Klinik 3 pada hari ini dengan harapan pandangan doctor yang ke 3 memberikan sedikit sinar untuk si kecil ini terus hidup. Walaupun ada ahli keluarga Hidayah yang tidak bersetuju untuk membawa si kecil ni pulang ke rumah, Hidayah tetap dengan pendiriannya untuk menyelamatkan nyawa seekor anak kucing. 

Pada awalnya Adik Rektum memberi tindak balas positive setelah diberi multivitamin dan air tetapi ketentuan Tuhan melebihi perangcangan manusia. Walaupun kami telah mendapatkan fosterer serta juga adopter tapi adik rektum dipanggil kembali ke sisiNya. tinggal lah kami disini bersedih hati tetapi kami tahu, di sana adalah sebaik baik tempat untuk adik rektum. 

adik ini berkemungkin di sepak atau menerima hentakan kuat di bahagian perut sehingga menghimpit bahagian abdomen dan memaksa sebahagian usus adik ini keluar. oleh kerana tiada siapa peduli, adik terbiar tanpa mendapat rawatan sehinggalah bertemu dengan hadayah. 



Kami sebak, kami terharu, kami kagum dengan kesungguhan Hidayah yang tidak berputus asa & bergegas ke sana sini semalam demi untuk menyelamatkan nyawa seekor anak kucing yang masih tidak mengerti apa2. kami masih sugul dengan pemergian adik rektum. kami juga berharap hidayah cekalkan hati walaupun ada sesetengah manusia sombong akan berkata 'itu hanyalah seekor kucing'. 


Kami warga SCRACTH memohon jasa baik tuan tuan dan puan puan, adik kakak abang yang membaca entry ini, luangkan la sedikit pendapatan kita untuk melakukan kebajikan kepada haiwan. nikmat dan rezeki yang tuhan kurniakan kepada kita ni amat banyak dan datang dalam keadaan yang tidak diduga. berlaku baik kepada sesama makhluk, percayalah tidak akan ada yang rugi. Sekiranya tuan tuan, puan puan tidak berkemampuan, jangan disakiti haiwan terbiar ini. kalaupun tidak menyukai mereka, cukup dengan menjauhi diri kita dari mereka. kehidupan mereka sudah sedia ada susah dan jangan ditambah lagi penderitaan yang tidak perlu. 


-Encik Memerangemok-






1 comment: