Isnin, 11 Mac 2013 - 12.41 am :
Salam 1 msia. 10mlm smlm saya terjumpa seekor kucing yg sdg sakit krn ada manusia x bhati perut telah memotong ekornya. Kebetulan pula saya ada di kedai kawasan perumahan di chemor, perak. Saya anta emel ni sb geram sgt dgn perangai manusia mcm ni. Skrg kucing tu saya dah bawak balik ke rumah dan saya cuba lah mana yg termampu utk merawatnya. Insyaallah saya akan bwk ke vaterinar kerajaan sb saya x mampu nk bawa ke vet swasta. Saya hrp smoga kucing ni akn pulih dan sama samalah kita doakan kesakitan yg dialaminya akn hilang dan sihat kembali. Insyaallah saya akan mjaga kucing ni sampai akhir hayatnya. Di sini saya attached beberapa kpg gambar, dan hrp manusia yg x bhati perut tu di balas dgn setimpal.
Jez.
Melihat gambar yang menyedihkan ini, kami menawarkan Subsidi Perubatan dan meminta saudari Jez mempertimbangkan agar kucing ini dibawa ke klinik swasta berhampiran beliau.
Isnin, 11 Mac 2013 - 7.44pm :
Wsalam.
td saya dah bawa ke veterinar kerajaan. Kucing ni saya namakan Bless telah dibius dan dicuci lukanya. malangnya doktor yg merawatnya kata luka Bless xkan sembuh selain luka, dia ada kurap yg bleh bjangkit. Doktor tu suggest utk inject emm silent death. Tp saya x setuju sb tu slps dia dicuci saya bwk ke rumah smula dan sy yakin insyaallah Bless boleh sembuh. If xde apa2 saya akan mohon cuti jumaat pg ni utk bawa Bless ke vet swasta. Jarak chemor ke kampar jauh sgt lebih kurang pjalanan 1 jam memandangkan Bless x selesa dlm kereta. Saya x pasti berapa agaknya kos perubatan di swasta tp xpelah sya cuba mana yg tdaya. Tp saya sbenarnya pening dan x tahu apa nk buat selain dr cuci luka dan bg dia ubat sb kesian tgk Bless mengiyau kesakitan. boleh x pihak ktaj hubungi saya? No telefon 013425xxxx. Hrp ktaj dpt contact sya utk khdmat nasihat. Terima kasih byk2 kerana mbantu. Ni saya attached pic Bless selepas dia dirawat pg td.
Atas nasihat kami, Jez kemudiannya membawa BLESS ke doktor lain untuk mendapatkan pandangan kedua pula. Ini gambar-gambar BLESS ketika dihantar ke doktor kedua.
Pada asalnya, doktor yang merawat cuba untuk mencantumkan kulit pada luka tersebut. Malangnya, ekor BLESS dipotong terlalu rapat menyebabkan doktor gagal mencantumkan kulit di bahagian berkenaan untuk mempercepatkan penyembuhan luka tersebut. Ini menyebabkan lukanya perlu dicuci setiap hari dan lukanya dipantau untuk memastikan tiada jangkitan.
Anggaran proses penyembuhan BLESS ialah 3 bulan.
BLESS turut mempunyai masalah kurap yg agak serius. Doktor telah membersihkan bahagian kurap, memberikan suntikan anti-kurap, dinyahcacing dan divaksinkan. BLESS turut menghadapi masalah cirit birit semenjak di bawa pulang. Di harap BLESS akan segera sembuh dalam jagaan Jez. Kami menyanjungi semua penyelamat haiwan yang berusaha membantu haiwan-haiwan terbiar yang sakit dan cedera di luar sana.
Diharap kisah-kisah menyelamat di sini menjadi peransang dan semangat kepada penyelamat-penyelamat haiwan lain di luar sana.
Kos rawatan pertama BLESS hanyalah RM212 dan 50% akan disubsidi oleh Dana SCRATCH. BLESS perlu dibawa semula untuk rawatan susulan 2 minggu lagi.
Memandangkan pengeluaran wang dari akaun rasmi SCRATCH dibekukan, kami membuka akaun sementara untuk mereka yang ingin menyalurkan bantuan derma bagi membiayai perubatan haiwan-haiwan yang disiarkan di sini dan akaun sementara ini hanya berkuatkuasa sehingga 22 March 2013. Sesiapa yang ingin menyumbang boleh menghubungi kami di ktaj0311@gmail.com. Lebihan sumbangan akan digunakan untuk kes-kes lain.
Terima kasih.
Ngerinyeer... sampai hati org buat mcm tuu. Takper, Allah maha adil. Kiter doakan yang terbaik. Moga org yg buat aniaya tuu insaf!!
ReplyDeleteCuba try minyak gamat utk luka....in shaa Allah luka cepat sembuh.
ReplyDeleteGod bless you for what u're doing for that cat... I love cats and hate to think of something like that happening to any of them. May God heal and protect Bless and all of his kind.
ReplyDeleteSelain minyak gamat alternatif lain cuba rumpai laut, klau ada, sbb mmg cepat menyembuh luka, dr pengalaman sendr, pekerja terparang jari sendr sewaktu katering, dan menerima 17 jahitan, luka berair hampir seminggu, lepas letak rumpai laut yg telah dimasak, disapu, luka semakin mgecut dn amazingly da kering. Try yea. Sian kucing tu, semoga kuat dan semoga cept sembuh sayang
ReplyDeleteAslm saya nk tanya, rumpai laut tu yg kering ke atau yg jeli? Nk masak rumpai tu nak rebus ke cmne?
ReplyDeleteMINYAK GAMAT ADALAH TERBAIK, kucing saya digigit anjing mengalami pendarahan serius diperut sehingga menampakkan kantung perut, saya tak bawak ke vatarina , saya ambil minyak gamat yang dibeli di langkawi jenama mahsuri, saya lumurkan di atas luka kucing saya, 3 minggu luka tertutup. bayangkan luka yang kritikal tidak perlu di jahit hanya lumurkan ubat gamat .. saya syorkan lumurkan minyak gamat insyaallah ada keberkesanannya
ReplyDelete