Tuesday, December 25, 2012

'Dalam perjalanan kita mencari pahala, kita tak sedar kita mencari dosa'..




'Dalam perjalanan kita mencari pahala, kita tak sedar kita mencari dosa'.

Petikan komen dari salah seorang follower mengingatkan kami kepada beberapa peristiwa 'MENYELAMAT' yang dilakukan oleh individu-individu diluar sana atas niat 'MEMBANTU' haiwan jalanan, tetapi hakikatnya MENYUSAHKAN individu lain.

Contoh #1, Si A menemui haiwan jalanan yang cedera, kemudian membuang dan meninggalkan haiwan tersebut di klinik haiwan. Kalau semua rescuer berkelakuan begini, macam mana klinik haiwan nak beroperasi? Akhirnya ada haiwan malang ini yang terpaksa dimatikan kerana doktor tidak mampu menjaga dan mencarikan pemilik baru untuk haiwan-haiwan ini.

Contoh #2, Si B menemui haiwan cedera, shout out di page ini dan akhirnya muncul Si C menawarkan khidmat ingin membantu menjaga haiwan tersebut. Si B sepatutnya turut membantu si C sama ada dalam bentuk makanan, perubatan haiwan tersebut dan sebagainya. Lebih malang apabila si C adalah seorang pelajar yang menggunakan yuran pengajian untuk membiayai perbelanjaan haiwan tersebut. Namun apabila sudah tidak mampu membiayai dan merawat haiwan tersebut, si C terpaksa melepaskan haiwan tersebut ke jalanan dan harap ia dapat hidup sendiri dengan bantuan Tuhan.

Berfikir sebelum membuat sesuatu perkara. Jika ingin membantu, jangan sekerat jalan. Kerana yang akan menjadi mangsa daripada perbuatan kita ialah ialah haiwan itu sendiri. Fikir-fikirkanlah...



No comments:

Post a Comment