Monday, December 24, 2012

BLESS (Anis Hussin)

Pada 11 Disember 2012 yang lalu, Anis telah menghubungi kami di mana Anis telah menemui seekor kucing berhampiran rumahnya dan keadaan kucing itu sangat lemah dan kakinya telah berulat. Menurut Anis, beliau telah membawa kucing ini ke sebuah klinik haiwan di Kajang, namun servis yang yang diberikan sangat buruk. Doktor yang merawat jijik untuk menyentuh kucing tersebut. Akibatnya, keadaan kucing itu semakin teruk. Bukan saja kaki, malah kemaluan kucing itu berulat dan kakinya semakin membusuk. 








Kucing ini diberikan nama
BLESS dan Anis kemudian membawa kucing ini ke klinik lain, iaitu Happy Paws Animal Clinic di Kajang. BLESS di wadkan di sana. Menurut doktor yang merawat, kedua-dua kaki belakang BLESS sudah tidak boleh digunakan. Sebelah kiri dagingya membusuk dan bertukar kepada hitam. Sebelah kanan pula tulang kakinya patah serta sarafnya terputus, berkemungkinan akibat dilanggar.




 

BLESS turut mempunyai ulser yang memakan gusinya, tapi tidak menjejaskan selera BLESS dan menunjukkan kesakitannya tidak sedikit mematahkan semangat BLESS untuk hidup. Anis sudi menjaganya sendiri apabila selesai pembedahan.






Ujian darah dijalankan dan menunjukkan hati dan buah pinggang BLESS berkeadaan baik, cuma BLESS kekurangan darah. Menurut doktor, kaki kiri sudah tidak boleh diselamatkan. Doktor terpaksa melakukan pembedahan membuang kaki kiri BLESS pada 14 Disember 2012. 





Selepas pembedahan, BLESS masih dipantau di klinik. Doktor menganggarkan usia BLESS sudah agak tua, dan ia menyukarkan penyembuhannya. Sepanjang pemantauan, doktor mendapati kaki kanan BLESS turut bertukar menjadi hitam, berkudis dan menanah. Bukan saja kaki, malah masalah yang sama turut dilihat pada ekor BLESS. Pembedahan kedua dijadualkan dilakukan pada 28 Disember dan BLESS bakal kehilangan kedua-dua kakinya akibat penyakit yang dikenali sebagai Thromboembolism. 







Kami menyeru agar kita bersama-sama mendoakan pemulihan BLESS. Sekiranya ada pihak yang ingin membantu dalam bentuk merekabentuk kerusi roda untuk BLESS, kami sangat mengalukan. Semoga BLESS cepat sembuh. InsyALLAH.

Terima kasih kepada Anis dah kakaknya yang cuba membantu BLESS sedaya upaya mereka. Terima kasih kepada beberapa individu yang menyumbang wang perubatan BLESS dan menjadikan jumlah keseluruhan subsidi yang diterima oleh BLESS ialah RM528, iaitu 70% daripada kos yang ditanggung oleh Anis dan kakaknya. 

1 comment:

  1. Cpt smbuh ye syg...

    Thanks pd Ania dan kakaknyer yg sedaya mmpu mmbntu..

    ReplyDelete