Nek Zaharah |
Gambar di atas telah di kongsikan oleh saudari Sabariah di wall Kucing Terbiar & Anjing Jalanan di Facebook.
Beberapa hari selepas itu, SCRATCH-er kami di Johor, Cik Zetty Abdillah telah ke Taman Universiti, Skudai, Johor bersama Sabariah untuk melawat Nek Zaharah.
Nek Zaharah sudah berumur 75 tahun, kematian suami sejak tahun lalu dan kini tinggal sendirian bersama 10 ekor kucingnya. Nek Zaharah tidak mempunyai anak. Namun sekali-sekala, anak tiri beliau akan datang membantu dan menjengah keadaan Nek Zaharah.
Rutin harian Nek Zaharah setiap hari ialah menaiki bas ke pasar Taman U untuk memberi makan kucing-kucing yang dibuang di sana. Ada anak-anak kucing yang dibawanya pulang kerana kasihan, meskipun berbekalkan beg plastik/kotak dengan menaiki bas.
Ketika ditemui oleh Sabariah, Nek Zaharah sedang menyediakan kotak untuk membawa pulang anak kucing di atas ribanya. |
Rumah yang menempatkan 10 ekor kucing. Namun persekitarannya bersih dan terjaga dengan baik. |
Si Penyambut tetamu yang menanti ketibaan Sabariah dan Zetty |
Gambar-gambar ini merupakan antara kucing-kucing yang mendiami rumah Nek Zaharah.
Anak-anak kucing yang baru dikutipnya dari pasar. |
Ben-10 |
Kucing yang diberi nama Ben-10. Dikutip dari dalam longkang dengan mata yang penuh berlumpur. Sekarang dah handsome :D
Mok |
Yang di atas ni Mok namanya. Ditemui oleh Nek Zaharah dalam keadaan
kakinya terkulai dan membusuk. Kerana tiada wang, Nek Zaharah hanya
mencurahkan minyak gamat pada kaki yang membusuk. Keesokannya, kaki yang terkulai tertanggal sendiri.
Mok sudah dimandulkan oleh Nek Zaharah.
Ada beberapa ekor yang masih belum dimandulkan. Setelah berbincang dengan Dr Marlia dari Klinik Haiwan Tiram yang pernah menjalankan program Cat Speutering Day dengan SCRATCH, 4 ekor kucing Nek Zaharah di hantar ke sana untuk dimandulkan menggunakan Dana SCRATCH.
Terima kasih kepada SCRATCH-ers kami di JB, Cik Zetty dan Afiq Luqman yang sudi meminjamkan carriers dan menguruskan penghantaran pergi balik kucing-kucing ini dari rumah Nek Zaharah ke Klinik Haiwan Tiram. Terima kasih sekali lagi kepada Cik Zetty yang membiayai kos boarding kucing-kucing betina milik Nek Zaharah.
ada a few cats terbiar di sekitar JB. ade rescuer?
ReplyDeletewahhhh..gemok2 kucingnyer...pandai nek jaga...
ReplyDeleteadmin, nk alamat nenek nie boleh... nnt free2, boleh lah pegi melawat nenek n kucen2 comelnye...^^
ReplyDeleteRumah Nenek Zaharah, Jalan Penyiaran 46, Taman Universiti, JB.
ReplyDelete