Saturday, June 2, 2012

Nek Jah di Johor Bahru


Sebaik saja pulang dari rumah Nek Zaharah, Sabariah dan Zetty terus menuju ke rumah Nek Jah.


Seperti Nek Zaharah, Nek Jah juga merupakan seorang pemberi makan haiwan jalanan di sekitar Pasar Taman Universiti, Skudai juga.

Nek Jah berusia 85 tahun, tinggal berdua bersama suaminya yang sedang sakit dan hanya mampu duduk sahaja.


Pandangan hadapan rumah Nek Yah

Nek Jah mempunyai lebih dari 100 ekor kucing, seekor itik dan angsa. Nek Jah menguruskan haiwan-haiwan peliharaannya sendiri tanpa dibantu sesiapa. Sesekali jirannya datang membantu beliau mencuci baju. Ada individu-individu yang telah mengumpulkan wang dan membelikan untuk memudahkan beliau bergerak. 

Nenek yang sangat fasih berbahasa Inggeris ini bangun pada pukul 3 pagi setiap hari untuk membersihkan halaman rumah sehingga pukul 10pagi. Kemudian, beliau akan mengayuh basikalnya ke pasar dan kawasan sekeliling untuk memberi makan anjing dan kucing jalanan. 



Keadaan rumahnya sangat daif. Kucing-kucing di rumah ini diajar membuang menggunakan pasir kucing. Namun memandangkan kucing peliharaannya terlalu banyak, persekitaran rumahnya berbau lebih-lebih lagi selepas hujan, dan menyebabkan ada jiran yang melaporkan kepada pihak berwajib tempatan.

MPJBT telah datang beberapa kali setelah menerima aduan dari jiran tetangga, namun setelah beberapa kali amaran tak diendahkan, akhirnya jiran tetangga pun sudah berhenti dari membuat aduan kepada MPJBT. 







Setiap bulan, Petmaster Petshop di JB akan menyumbangkan seguni kibbles untuk kucing-kucing di rumah Nek Jah.

Tahun lalu, Dr Raymond dari Noah's Ark datang ke rumah Nek Jah bersama Spay Shuttle untuk memandulkan lebih dari 60 ekor kucing milik Nek Jah. 



 



Apabila ditanya mengapa kucing-kucing ini tidak diberikan kepada orang lain untuk dipelihara, jawapan Nek Jah, beliau sangat sayangkan setiap kucingnya seperti anak sendiri. Malah, setiap seekor nama kucing beliau, diingati satu persatu.  

Keadaan di rumah Nek Jah sangat membimbangkan kami. Sangat tidak terurus. Keadaan begini boleh mengancam kesihatan beliau dan suami.

Memandangkan usianya yang sudah terlalu tua, suami yang sakit dan bilangan kucingnya yang terlalu banyak, kami cuma memujuk Nek Jah agar membenarnya sebahagian kucing-kucingnya diserahkan kepada orang yang boleh menjaga dengan lebih baik. 

Apa gunanya jika sayang, namun kebajikan tidak terjaga? 



 


Ada beberapa anak kucing yang sakit mata. Ada juga kucing yang luka di sana sini sampai terkeluar daging di kaki. Kemungkinan bergaduh. Zetty memberikan theramycin pada Nek Jah untuk digunakan pada mata anak-anak kucing tersebut dan merawat kucing yang cedera menggunakan Skinheal spray.  




Menurut Nek Jah, beliau sendiri letih menjaga kucing-kucing yang terlalu banyak ini. Kudrat tuanya sudah tidak membenarkan beliau untuk menjaga kucing-kucing ini dengan baik. Tapi ada saya orang membuang kucing di hadapan pintu rumahnya. Malah, beberapa hari lepas, ada orang yang meletakkan 2 ekor anak kucing yang berumur sebulan dihadapan rumahnya, kemudian melarikan diri dengan memecut motorsikal. Ada juga kucing Nek Jah yang tak dimandulkan dan beranak-pinak. Maklumlah, bila dah banyak, ada yang terlepas pandang.





Kami sedang cuba mengaturkan pemandulan kucing-kucing milik Nek Jah dan mendapatkan kedai-kedai haiwan di JB yang boleh memberikan harga murah untuk membeli kibbles dan didermakan kepada Nek Jah dan Nek Zaharah. InsyAllah. 

Kami memerlukan sedikit sumbangan untuk aktiviti-aktiviti di atas. Sekiranya ada pihak yang ingin membantu menyumbang dalam bentuk bantuan kewangan, makanan (kibbles untuk kucing/anjing dan beras untuk Nek Jah dan Nek Zaharah), sangkar terpakai, atau ingin membantu sebarang aktiviti sukarela di JB, emailkan kepada kami di ktaj0311@gmail.com.

Kami akan update info Nek Jah dan Nek Zaharah dari masa ke semasa. 

Ralat ejaan : 
Nama nenek ini ialah NEK JAH, bukan Nek Yah seperti yang disiarkan sebelum ini. Terima kasih. 

No comments:

Post a Comment