Saturday, July 14, 2012

KAY (Putery Nur Syazwanny)

Salah seorang Coordinator kami menerima panggilan daripada Wanny pada Isnin petang, 9 Julai 2012 yang lalu.

Coordinator kami telah mencadangkan agar Wanny membawa kucing ini ke klinik haiwan berdekatan. Kucing yang ini akhirnya di masukkan ke klinik haiwan Wangsa Melawati pada hari yang sama. 

Dalam masa yang sama, admin kami menerima wallpost ini di page Kucing Terbiar & Anjing Jalanan di Facebook : 

 


Ini pula email yang kami terima dari Putery Nur Syazwanny : 

Isnin, 9 Julai 2012 - 9.37pm

Kucing ni jumpa kat kedai mamak Al Zain kalau x silap nama kedai tu. Kedai tu kat area Ukay Perdana 1. 
Masa tengah makan kat kedai tu ada 2 ekor kucing dtg mintak makan. Memula tu mmg x perasan yg si Kay ( kucing malang tu) kaki dgn perut dia luka. Lepas tgk dia jalan senget2 tu yg saya angkat dia. Tengok2 bukan kaki je patah tapi perut pun luka dan luka tu agak dalam dan berdarah.
 
Tanya owner kedai makan dia ckp kucing tu dah lama duduk situ dan luka tu dah lama. Tp dari pandangan saya luka tu bukan lama tapi baru dlm 1 ke 2 minggu, sama mcm  kaki dia tu. Maybe baru kena. Dr apa doktor kata kaki dia mungkin patah atau ada efek lain. Semua tu boleh tau esok.



Rescue Coordinator telah bergegas ke klinik tersebut pada malam yang sama untuk berbincang dengan vet yang bertugas.

Keesokannya, Team Coordinator kami telah ke sana untuk mengambil keluar kucing yang diberi nama KAY ini. 

Bil KAY sebayak RM120. Deposit RM30 dibayar oleh Syazwanny semasa mendaftar semalam dan selebihnya di bayar oleh Team Coordinator kami. 

Ketika diambil, luka KAY telah dicuci dan dibersihkan. Menurut doktor yang merawat, kemungkinan KAY hanya mengalami masalah saraf yang sudah agak lama sebelum diselamatkan. 

KAY dibawa pulang dan dijaga oleh fosterer kami sementara kami cuba menghubungi Syazwanny agar menguruskan penjagaan KAY sehingga sembuh atau sehingga mendapat adopter baru. Bagaimanapun, Syazwanny gagal menghubungi kami semula. 

Setelah berbincang, kami sepakat agar KAY dijaga sementara oleh fosterer kami sehingga rawatannya selesai dah boleh diserahkan kepada Syazwanny atau penjaga baru. 




  




Pada hari Rabu, 10 Julai 2012, KAY di bawa ke Honey Vet Clinic di Bangi untuk pemeriksaan dan rawatan susulan. 




Ujian Sporo dilakukan ke atas luka tersebut dan keputusannya negatif. Alhamdulillah. 

Bagaimanapun, doktor mendapati ada jangkitan Malessezia dermatitis pada luka yang menyebabkan luka lama ini lambat sembuh dari sepatutnya. 

KAY perlu ditempatkan dalam penjagaan rapi. Sejarahnya sebagai kucing jalanan juga boleh menjadi penyebab jangkitan tersebut. Lukanya perlu dibersihkan dengan Magtox dan skin cream dan dibiarkan tidak berbalut supaya lukanya kering lebih cepat. Sekiranya tiada perubahan yang memberansangkan, ujian FIV dan FeLV akan dijalankan ke atas KAY.

Melihat kepada lukanya, doktor yang merawat percaya yang luka tersebut konsisten dengan luka dikelar, bukan luka terbakar atau melecur. Kemungkinan KAY terjatuh dan tidak sengaja mencederakan dirinya pada bumbung/zink, atau mungkin juga KAY dikelar dengan sengaja.

Untuk kaki belakangnya yang lumpuh, fosterer akan memberikan fisioterapi untuk KAY bersama supplement Neurogen-E.

KAY turut akan menjalani rawatan akupuntur untuk membolehkannya berjalan.

Kami kekurangan dana untuk menampung perubatan KAY. Sekiranya ada pihak yang ingin membantu dalam bentuk sumbangan dana, sila hubungi kami di ktaj0311@gmail.com.

Sekiranya ada pihak yang sudi adopt KAY selepas KAY sembuh, sila hubungi kami di ktaj0311@gmail.com atau ktaj.adoption@gmail.com. 

Terima kasih.

Update On BABY (NURUL HUDA MAT DAN)

Ini email yang diterima dari rescuer BABY, kucing hernia yang menerima subsidi rawatan perubatan dari Dana SCRATCH. 

Selasa, 10 Julai 2012 - 1.40am


Baby yg penah SCRATCH biayai 50% bln Mei lalu akibat hernia telah sihat sepenuhnya. 

Baby telah di adopt oleh kawan saya sendiri yang turut membantu membiayai kos perubatan Baby.

Awal bulan 6, Baby telah divaksin dan diberi ubat cacing buat pertama kali, dan yang ke 2 pada awal bulan 7 baru² ni.

Sekarang Baby semakin membesar dan sangat nakal sampai kawan2 panggil dia 'monyet' sebab suka buli kucing lain. Sangat friendly even baru jumpa kucing baru. Bila duduk dalam kereta, suka duduk setempat dan tak buat bising pun. 


Ni saya bagi gambar terbaru Baby. Tq SCRATCH.






Kami gembira mendapat berita BABY telah mendapat pemilik baru. Alhamdulillah. Terima kasih kepada saudari Nurul Huda dan adopter BABY :) 

XIAO HUANG (Serene Tan)


Email yang kami terima dari Serene Tan :
Selasa, 3 Julai 2012 - 4.06pm

Dear Scratch,

I was refer by Petfinder.com and Dr Chan to write to you, to apply for medical fund to help this 3-4 months old male puppy.

His name is Xiao Huang. Xiao Huang is another helpless hit and run victim. It happened on yesterday at Saleng, Johor. A kind hearted old man witnessed the whole incident. When he got near to Xiao Huang, he was so terrified, traumatised and trembling. The old man quickly rushed Xiao Huang to the vet. Test and x-rays showed that there was severe broken bones on both of his hind legs but fortunately no internal bleeding or organ injuries. The vet suggests that Xiao Huang to insert pins into both of his hind legs to let his bones grow and join back together but the surgery, hospitalization and medical bill would cost approximately RM3500. The old man couldn't afford to pay such a high medical bill and therefore he decided seek for our help. After the surgery, Xiao Huang will have the chance to stand and run again.

We have already paid RM1000 as the deposit at Global Pets Sdn. Bhd. at Nusa Bestari branch. For any enquiries regarding to Xiao Huang, you may contact the vet in charge Dr. Lee or Dr. Chan at 07-5123344.

Please refer the picture that I've attached for your reference. We need to raise the fund urgently, hope you can help us. We would appreciate in any help that you’ve made.

Hope to hear from you soon.

Thank you.

Best regards,
Serene Tan
012-7142xxx


 


 


Di bawah DANA BERSAMA DENGAN PETFINDER.MY DAN MY ANIMAL CARE, SCRATCH turut bersetuju memberikan bantuan subsidi maksimum, iaitu RM500 untuk perubatan XIAO HUANG.
Rabu, 4 Julai 2012 - 10.09pm

Dear Scratch,

Here’s the latest update on Xiao Huang.

He had undergo the first surgery on Monday. Overall, he’s condition looks good and does not have any side effect yet. He will be going for the second surgery on tomorrow morning. The vet said that he’s a brave boy so hopefully everything goes well for him. If everything goes smoothly, he might can be discharged on this coming Sunday.

Thank you.

Best regards,
Serene Tan



XIAO HUANG terpaksa menjalani pembedahan 2 kali untuk memperbetulkan tulangnya yang patah. 

Ini update terbaru yang kami terima dari Serene Tan.

Ahad, 8 Julai 2012 - 11.48pm 


Dear SCRATCH  & My Animal Care,
Xiao Huang is still in the vet clinic. He's a brave boy. He's trying very hard to stand up on his own now. The vet said that it was a good sign that he try to stand using both of his hind legs. He loves people to visit him at the vet clinic. He will wagged his tail whenever we called him. He also had his 1st vaccination on yesterday. He will be discharged on the 15th July 2012. We did not managed to speak to the vet in charge, Dr Lee as he was currently on leave till Wednesday.
For your information, we have raised the total of RM1210 from Facebook and RM400 from our friends. The total medical bill is RM3196.20. Initially, we had paid Rm1000 of deposit at the vet clinic. Two kind ladies actually went all the way to Global Pets and paid deposits of RM200. We had paid the balance of RM1996.20 on yesterday.
Unfortunately, we had received a phone call from the old uncle on this morning saying that he could not take care of Xiao Huang when he discharged. Reason is his wife does not likes dogs. Now we’re trying to look for a fosterer that can take care of him.   
Thank you for your medical subsidies towards Xiao Huang but we have raised enough fund for Xiao Huang. Petfinder had already help us to raised Rm500 and the remaining balance will be fully responsible by me and my friend.
Thank you for your kindness and help. We would like to thanks to HOPE too who actually help us to share the news in their Facebook wall. We had contacted HOPE whether they could take in Xiao Huang but their shelter is no longer afford to take in any dogs anymore. Furthermore, as for Xiao Huang’s case, he’s not suitable to stay in the shelter. He needs special care. Therefore, could you help us to share the news to look for fosterer? We will provide dry kibbles and can food for the fosterer. I will keep you updated on Xiao Huang's condition.




Kos rawatan XIAO HUANG berjumlah RM3196.20. 

Menurut Serene, beliau dan rakan-rakan berjaya mendapatkan bantuan kewangan untuk membiayai perubatan XIAO HUANG. 


Serene meminta agar kami turut membantu mengiklankan XIAO HUANG untuk dicarikan pemilik baru. Bantu kami sebarkan cerita tentang XIAO HUANG agar ada pihak yang sudi adopt anak anjing ini.

Serene Tan boleh dihubungi di email ini - t.yiwah@gmail.com

Tuesday, July 10, 2012

Update on JOY (Nadiah)

Email yang diterima dari Nadiah mengenai perkembangan JOY : 

Isnin, 9 Julai 2012 - 8.06am


Alhamdulillah Joy already been discharged from hospital yesterday evening. Yeay!...the bill luckily doesn't even reach RM500. Vet says even though without complication but the damage eye condition is worse than it's look. 

During surgery, they discover her eye socket also infected with pus that why her face swelling. But after the surgery, she been okay with no discharge from the eye. Joy perlu dipantau jika ada discharge from the eye perlu bawa dia ke klinik secepat mungkin. But almost 3 days now, joy sekarang memang aktif, sihat dan kuat makan. 

New adopter perlu bawa joy 10 days after surgery (16 July 2012) ke klinik untuk membuka jahitan. Other than that she is healthy.
 
 
 
 
Keseluruhan bil rawatan JOY ialah RM498.

RM300 dibiayai oleh saudari Farhana dan RM198 menggunakan Dana SCRATCH.

Kami mencari adopter yang boleh menjaga JOY sampai bila-bila, sebaiknya adopter yang tak mempunyai banyak kucing dan menyokong pemandulan haiwan peliharaan. Memandangkan keadaan JOY yang bergantung kepada sebelah mata, kami berharap agar menemui adopter yang boleh memelihara JOY di dalam rumah.

Sementara ini, JOY dijaga oleh Nadiah dan teman serumahnya untuk beberapa hari lagi. Sekiranya ada pihak berminat untuk adopt Joy, sila hubungi kami di ktaj0311@gmail.com.

Monday, July 9, 2012

Kucing Sarat & Hernia di Sabah (Sharul)

Email yang kami terima daripada Sharul di Sabah : 

Jumaat, 6 Julai 2012 - 9.38pm

Perlukan bantuan dana untuk seekor kucing yang kandungan nya mati di dalam perut. 


Assalammualaikum Tuan,Puan . . .saya merujuk kepada perkara di atas ining memohon subsidi dari pihak tuan,puan untuk membiayai kos perubatan kucing tersebut . . . apa yang boleh saya lakukan untuk mendapat kan dana dari pihak anda ? sekiranya pihak tuan,puan memerlukan bahan bukti dan sebarang info dari saya. . . saya sedia membantu untuk menyelamat kan kucing tersebut . . .

Sharul - 019 5331xxx








Bersama email tersebut, disertakan gambar-gambar kucing yang dimaksudkan. 

Menurut Sharul, kucing tersebut mempunyai pemilik sebelum ini. Namun setelah pemiliknya berpindah, kucing ini menjadi kucing jalanan di kawasan ini. Sharul menemui kucing ini di kawasan rumahnya dalam keadaan mengesot. Sharul bercadang menghantar kucing tersebut untuk mendapat kan  rawatan di Century Animals Medical Centre. 

Melihat daripada gambar yang dihantar, kucing yang sarat mengandung ini tak ubah seperti kes FLUBBY, kucing pertama yang diselamatkan oleh SCRATCH-er. Kandungannya senget dan jatuh sebelah, disyaki dilanggar dan menyebabkannya mengalami hernia.

Kami bersetuju memberikan bantuan 50% bil perubatan kucing ini. 

Walau bagaimanapun, kami sedang menunggu balasan email dari Sharul berkenaan lokasi sebenar kucing ini.

Semoga Sharul dapat segera membawa kucing ini mendapatkan rawatan.