Wednesday, October 8, 2014

S.C.R.A.T.C.H @ Kulaijaya

Hello kawan kawan, 

Hujung minggu (4th Oktober 2014) lepas kami telah dipelawa oleh pihak pegurusan IOI Mall Kulaijaya untuk terlibat dalam program World Animal Day 2014. Program ini bertujuan memberi kesedaran tentang kepentingan Trap-Neuter-Release/Rehome-Manage kepada populasi haiwan terbiar di luar sana sama ada kucing ataupun anjing. KAmi ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Eric, iaitu salah seorang organizer dan contact person yang banyak berurusan dengan kami. 


Sebahagian dari sukarelawan kami sampai sehari awal. Maklumlah ramai antara kami tinggal di Kuala Lumpur. Demi berkongsi pengalaman dan pengatahuan bersama sama mereka di Kulaijaya, kami gigihkan ke sana walaupuan hari esoknya adalah Raya Haji. 

Program yang dianjurkan terarah kepada sesi penjagaan haiwan dan juga kesedaran tentang kezaliman terhadap haiwan. Kami juga ada membuka booth untuk jualan amal bagi menambah dana untuk membantu haiwan yang diselamatkan ataupun membantu kos pengembirian. 



ouh ya, memang volunteer kami sangat sangat limited jumlahnya. kalau ada kawan kawan yang mahu menjadi volunteer kami sila lah hantar kan email kepada 

ktaj0311@gmail.com dan tuliskan title VOLUNTEER 

kami memang senantiasa memerlukan sukarelawan untuk membantu terutama sekali menjaga booth ni. kami diberi peluang untuk memperkenalkan diri kepada follower yang datang ke IOI Mall Kulaijaya. Alhamdulillah sesi pengenalan telah disempurnakan oleh sukarelawan kami, Cik Idaxu. sekitar hampir tengah hari, dua volunteer kami datang juga! mereka bernama Kerby dan Kash! mereka berdua ini banyak membantuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang dogma melayu-islam-anjing yang tidak pernah habis. Kash dan Kerby adalah anjing yang direscue oleh sukarelawan kami. Kini mereka bukan sekadar haiwan peliharaan tetapi boleh membantu kami mengumpul dana dan juga menjaga booth!  


sekitar selepas makan tengah hari, dengan pelanggan makin ramai datang ke IOI Mall Kulaijaya, kami mengadakan aktiviti ringkas tentang penjagaan kucing kepada kanak kanak yang hadir. 



Pelbagai telatah dan karenah anak anak kecil ini dalam memberi respon kepada soalan yang diajukan. Terima kasih kepada adik adik, anak anak yang menyertai aktiviti ini. 

Okay itu sahaja nak kongsikan ceritanya. Insha Allah nanti kami akan sertai lebih banyak program untuk bertemu dengan kawan-kawan semua! 

-Encik MemeranGemok- 
   

1 comment: