Saturday, January 5, 2013

RIP, BLESS :((

Ini email yang Anis kirimkan kepada kami pada 29 Disember 2012 yang lalu untuk update tentang BLESS ;

Hi . Slamat malam . Sya dah ambik Bless dari klinik ptg tadi . Bless sihat Alhamdulillah . cuma pucat , darah bnyak hilang . Badan pon dah berisi . Luka surgery masih basah . insyaAllah 5 hb jan suture removal .

Saya nak bgtau yang untuk second surgery saya ada buat kutipan derma dikolej saya . Alhamdulillah saya dapat kutip rm700 tepat . dan total surgery kedua rm692.60 . tidak termasuk A/D dan vitamin tambah darah . takpe itu saya guna duit belanja saya . cuma disini , saya tidak akan meminta subsidi KTAJ sbb saya dah pun langsaikan kos pembedahan Bless . dan bialah KTAJ bagi subsidi pada kucing lain yg tak bernasib baik. saya nak berterima kasih bnyak bnyak sbb bantu saya dari segi kewangan dan support . terima kasih bnyak bnyak . ni sertakan gamba Bless yg terbaru . kalau tak keberatan . kalau admin ada tau mana mana pet shop yg jual kerusi roda kucing mintak tolong inform saya . kesian tgk Bles struggle nak main dan jalan mcm biasa. 
Terima kasih sekali lagi . insyaAllah sya akan update lagi perkembangan Bless.









Belum pun sempat kami membalas email yang Anis kirimkan, hari ini kami dikejutkan berita pemergian BLESS.


Jumaat, 4 Jan 2013, 3.36pm
Hi . Anis here . saya nak bagitau yang Bless dah mati . dua hari lepas . Maaf sangat saya lambat bagitau . sbb saya uruskan hal kolej saya sejurus lepas tanam Bless . hari ni baru saya ada masa nak email admin .

kisahnya dua malam semalam macam biasa sebelum saya tido saya akan bawak dia kencing berak dalam litter box . saya baringkan dia tepi atas bantal dia and kain dia . dia suka main tali and malam tu jugak saya main dgn dia sampai dia tertido . saya provide air sebelah dia and kibbles . masa tu dalam pukul 2 stenga pagi . saya tak boleh solat so saya bangun pukul tujuh nak bawak dia p litter box and bagi makan ubat sume saya jengah dia , dia tak bernafas . air yg provide malam tadi habes . kibbles pon luak . saya tak sangka dia nak mati sbb tanda tanda langsung . bekas surgery makin pulih and luka semua kering .

hari hari sebelumnya Bless mcm biasa sangat . makan bnyak . main . tido . tahi dia air kencing dia sume okay . :"/ saya tak tau kenapa dia mati . saya dah cuba buat yang terbaik utk dia . memandangkan saya tgh cuti sem saya jaga dia je dekat rumah sepenuh masa . maaf kalau berita ni pon buat admin sedih . sya cuma nak ucapkan terima kasih sbb bnyak tlg saya masa Bless hidup . cuma saya terkilan tak dapat jaga dia lama . terima kasih skali lagi . :'(







Melihat ketabahan BLESS mengharungi penderitaan dan menyembunyikan kesakitan membuatkan saya insaf. Sebagai manusia, saya seringkali bersedih apabila kesakitan dan musibah menimpa. Baru diberikan sedikit dugaan, manusia mudah menangis, meratap, berputus asa, mengurungkan diri, berlapar, menyalahkan takdir, malah ada yang sanggup bunuh diri.

Sedangkan, haiwan yang didera, yang hidup berjudikan nasib di jalanan menerima ketentuan takdir dan terus bersemangat untuk hidup sehingga ke hujung nyawa. Dalam kesakitan, BLESS menghabiskan makanannya supaya dirinya cepat sembuh, supaya ia dapat bermain dengan Anis dan berjalan semula dengan apa bentuk bantuan sokongan sekalipun.

Namun, takdir menentukan BLESS perlu pergi dan berakhir sudah penderitaan dan kesakitannya di dunia.

Kepada Anis, semoga tabah dengan pemergian BLESS. Kepada semua pihak yang membantu dan mendoakan BLESS, terima kasih dan teruslah membantu haiwan-haiwan yang memerlukan di luar sana. 

9 comments:

  1. smiling and crying at the same time ~ rip bless

    ReplyDelete
  2. RIP. ..Bless. U r moving 2 a better place where there is no pain n suffering. RIP my dear Bless

    ReplyDelete
  3. anis u have done a very good job.. :)
    ~rip bless

    ReplyDelete
  4. salam...
    Anis and KTAJ..thanks 4 everything..
    4 dear Bless..ur better place now..RIP..

    ReplyDelete
  5. sedihnya... :'(
    bless.. run free 'up' there..
    Allah tu Maha Penyayang.. DIA kesiankan bless sbb DIA sygkan bless..
    anis.. thank u sbb beri perhatian & kasih syg pada bless..
    semoga Allah murah kan rezeki awak & keluarga dan semoga dirahmati selalu...

    ReplyDelete
  6. Anis tak perlu berkecil hati.. sebab Bless pergi dalam keadaan tidak terbiar.. dia pergi dalam keadaan yg baik.. dia sempat bermain, bermanja , makan & minum yg cukup & tmpat tidur yg selesa.. seolah2 semua mimpi dia jd kenyataan.. sebab x semua kucing dpt merasai keselesaan & kasih syg drpd manusia.. Bless was so blessed to find you. Allah ketemukan bless dgn Insan yang betul sebelum DIA menarik bless pergi. percayalah Anis, bless akan smpaikan berita gembira buat anis disana nanti.. InsyaAllah

    ReplyDelete
  7. sedihnyeeee :'(
    walaupun xbaca abis entry ni..
    tp dah melalak bgai mcm nk apa dah..

    ReplyDelete
  8. mgkin dah smpai ms dia..mgkin gak dia xnk susahkan anis..
    tringat my late AKI..pun mcm tu dia 'pergi' dpn mata sy dan bgaimana dia ditarik nyawa sy sendiri yg tgk..hanya ALLAH yg tau perasaan sy ms tu..bnde sy xdpt smpai sekarang..

    sy sedih baca entry anis ni..

    ReplyDelete