Wednesday, December 28, 2011

The Pet Project Malaysia 2012


The Pet Project Malaysia 2011, presented by Sabrina Saw in association with The British International School of Kuala Lumpur, is a huge charity event to take place on 7th January, 2012 to raise awareness and funds for animal welfare in Malaysia. This event is supported by The Department of Veterinary Services (Ministry of Agriculture & Agro-based Industries Malaysia) and the beneficiaries of the event include the following NGO’s: PAWS, SPCA Selangor, Malaysian Dogs Deserve Better, AnimalCare, Paws Mission, H.O.P.E., Save a Stray, SCRATCH, Independent Pet Rescuers and Zoo Negara. All proceeds will be collected and shared between the NGO’s in an agreed tier-system (with the exception of Zoo Negara’s own donations collected).

This is a non-profit event.

In hopes of bringing awareness to the cause of animal welfare, we have organized a 12-hour “Get Active” marathon of dance, fitness and sports-based master classes to go from 11am to 11pm on the day of the event, at The British International School of Kuala Lumpur. These master classes will feature the industries’ best global presenters from Hong Kong, Australia, Brazil, Norway, The United States of America, United Kingdom, South Africa, Singapore and Malaysia. By getting active, we aim to utilize the power of positivity, and raise awareness for the cause in a healthy and exciting way. The master classes are open to all levels and ages and will consist of an assortment of preferences including: Football Focus Asia Football Clinic, Yoga & Core Strength for Golfers, Les Mills Programs (Sh’bam & BodyJam) and Freestyle Dance and Fitness Programs such as Cardio Dance, djRAW, Video Dance, Hip Hop, Salsa Slam, Jazz The Funk, Tribal Hip Hop, Dance Fusion Hi-Lo, etc. More details on the classes and presenters are available at www.thepetprojectmalaysia.org. We will also be featuring many of Malaysia’s rising young stars in our highly anticipated performances between our master classes. All master classes and performances on schedule have been “blocked” into certain habitats (i.e., “Grasslands Block” or “Urban Block”). These blocks serve as a fun way for our participants to learn more about the relevant animals in each habitat while getting physical.




The Pet Project Malaysia’s main event will run alongside with many other activities for all ages – this event has something for everyone.

For our younger crowd, a sports inflatables carnival will take place on the top floor of the school (Futsal and Playground floor) where face painters, ball jugglers and clowns will be. Rugby enthusiasts can practice their drills with some of Selangor’s best rugby players by donating a fee per session. Our NGO booths will also be set up on this floor so that our guests get the opportunity to meet these organizations to learn more about them [and also meet their animals]! We invite the public to donate pet foods, blankets, pet supplies, etc., to our participating NGO’s by bringing them to the event.

Football fans will have the opportunity to contribute to “Asia’s Largest Football Card Montage” to take place on the campus tennis courts. Sports marketing company Football Focus Asia will host a 45 minute football workshop including, warm ups, skill zones and an indoor test match (running in the main event of the day). Supporting a holistic approach to sports development Football Focus Asia will also hold sports nutrition classes, giving kids the best foundation for growth of a healthy lifestyle.

Those more adventure-inclined can literally “Climb for a Life” by rock climbing at RM1/ climb in support of animal welfare while those wanting to learn how to make music with your body can attend a 2-hour Rhythm Tap Workshop by Jojo Struys.

There will be plenty of opportunities to purchase items from the event F&B booths, merchandise booths and the silent auction (with limited edition items donated by Taylor Made Adidas, authentic sports memorabilia by Football Focus, hotel packages from DoubleTree by Hilton, golf packages from Citygolf Malaysia, spa packages by The Club at The Saujana, authentic antique furniture from Asian Tigers, Rebecca Duckett Original Art, and many many more exciting items up for bids).

For ticketing and more information please go to:

Update on 3-legged Ginger (Nieza Abdullah)

The email we received on 13 Dec 2011 :

Dear SCRATCH admins,
I just came back from sending her to adopter's house in Section 27 Shah Alam.

Ginger
was with me for 4 days and she is active as any normal kittens behave. In fact, too active until the bandage is difficult to secure :-). Wound is getting better and her appetite is marvelous.

After contacting with adopter through emails, finally we met this morning. Ginger and I were welcomed by the adopter, Zulianas and her parents and little sister. They are very nice and love cats very much. She bought a huge cage for Ginger together with other basic things. I did dressing at her house this morning so that she could learn and continue doing it later.

These are the photos of Ginger at my house, with the adopter.

Thank you.

-Nieza Abdullah-

With this email, here are the photos of Ginger and her adopter.


Ginger


Adjusting herself in the new family ;)


In a safe hand now


Ginger and her adopter! Yaaayy!


Ginger's medical bill was subsidized by My Animal Care fund.

Thanks for the update Nieza! We're happy to see another rescued kitty finally found a great, loving home ;)

Tuesday, December 27, 2011

Run Four Your Heart Day 2011, UTM Skudai.


Program : Run Four Your Heart Day 2011
Tarikh : 11 Dis 2011, 7am - 2pm
Lokasi : N24, CICT, UTM Skudai.
SCRATCH telah dijemput mengadakan booth jualan amal dan pameran oleh penganjur Run For Your Heart Day 2011 anjuran mahasiswa dan mahasiswi Universiti Teknologi Malaysia. SCRATCH sangat berbesar hati menerima pelawaan tersebut. 

Beberapa SCRATCH-ers dari Melaka, Port Dickson, Selangor dan Kuala Lumpur telah ke Johor Bahru bagi menjayakan aktiviti tersebut. 






 Antara orang kuat SCRATCH yang setting up booth :) 

Di hotel tempat SCRATCH-ers menginap, ada seekor kucing yang sentiasa kelihatan di kaki lima hotel tersebut sejak hari pertama SCRATCH-ers tiba. 




Oleh kerana tidak sampai hati meninggalkannya di situ dan pengurusan hotel memberi kebenaran SCRATCH-ers mengambilnya, kucing ini telah dibawa ke booth dan ditempatkan di sana untuk mencari pemilik baru.






Kucing comel yang diberi nama Jay Bee ini berjaya mendapat tuan baru pada hari yang sama.



Kucing berbaju ini adalah pelawat comel kami di sana :) 


Selain anggota SCRATCH-ers, pameran dan jualan amal turut dibantu oleh dua orang sukarela yang sporting. Mereka bersungguh-sungguh mempromosikan dan menerangkan misi SCRATCH. Malah pada hari tersebut, mereka berdua turut mengumpul tandatangan sokongan di atas banner 'STOP BACKYARD BREEDERS!' . Terdapat pelbagai ucapan dan pelbagai bentuk tandatangan ang menghiasai banner tersebut :)



 
Booth pameran dan jualan amal tersebut juga telah dilawati oleh VIP yang di jemput menjayakan acara Run For Your Heart Day . Mereka adalah Dr. Ismail bin Ahmed, Dr. Mohd Khata bin Jabor dan Encik Ruzimi bin Mohamed. Kami sangat bebesar hati kerana mereka telah meluangkan masa melawat dan menyumbang tandatangan tanda sokongan kepada misi SCRATCH.


 


Ada pelbagai barangan yang dijual di booth kami. 











Walaupun sales tidak mencapai target, tapi anggota SCRATCH-ers dan volunteers sangat gembira kerana dapat beramah mesra dengan mahasiswa-mahasiswi UTM Skudai. Diharap selepas ini mahasiswi dan mahasiswa di universiti lain juga tidak segan mengundang kami.




Terima kasih daun keladi kepada Sofia yang menjemput kami serta organizer-organizer yang tidak jemu melayan karenah kami. Adik-adik semua memang sempoi!
 

Disediakan oleh: Zetty Abdillah.

Tuesday, December 20, 2011

Aunty Tan Chin Cats Care Mission (Part I)

Rina, SCRATCH Team Coordinator dan Encik Fad telah melawat ke rumah Aunty Tan Chin di Selayang semalam.

Aunty Tan Chin kelihatan sangat gembira menerima sumbangan makanan kucing yang didermakan oleh seorang individu kepada SCRATCH melalui Honey Vet Clinic.



Dengan sumbangan yang berjaya dikumpul untuk kucing-kucing Aunty Tan Chin, kami akan mengjalankan misi pemandulan kepada kucing-kucing ini pada 24 Dec 2011 di Klinik Kembiri SPCA-DBKL Setapak, bermula jam 9 pagi.

Kucing-kucing ini akan di bawa pulang ke rumah Aunty Tan Chin sejurus selepas pemandulan dan kami akan terus mengadakan gotong-royong kecil untuk menyediakan ruang yang lebih selesa untuk kucing-kucing ini di hadapan rumah Aunty Tan Chin.


Pandangan hadapan rumah Aunty Tan Chin yang menempatkan kucing-kucingnya.



Lebihan derma orang ramai yang kami terima untuk kucing-kucing mangsa Petknode Boarding Centre yang lalu seperti ubat kutu dan makanan kucing akan disumbangkan kepada Aunty Tan Chin.

Sekiranya ada yang benar-benar serius ingin menjaga (adopt) kucing-kucing ini, Aunty Tan Chin tidak akan keberatan untuk melepaskan kucing-kucing ini kepada penjaga yang lebih baik.

Jantan dewasa


Ibu kucing bersama seekor anaknya


6 ekor anak kucing yang gebu dan sihat


Anak-kucing kucing betina


Anak kucing jantan


Anak kucing betina bermata biru


Anak kucing jantan bermata biru


Di rumah Aunty Tan Chin juga terdapat beberapa ekor anjing. Ada yang memerlukan rawatan untuk kulit.



Terdapat 6 ekor anak anjing yang baru lahir di rumah beliau.

Semua haiwan-haiwan ini comel-comel belaka. Harap akan ada yang sudi mengambil kucing-kucing ini untuk dijaga.

Friday, December 16, 2011

Sporotrichosis Pada Kucing



Ini Silver. Gambarnya pernah disiarkan di Facebook SCRATCH setelah di selamatkan oleh Aiko Rin. Silver disahkan menghidap Sporotrichosis dan FIV positif.




Sporotrichosis
merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh fungus (kulat) Sporothrix schenckii. Fungus jenis ini berpotensi menjangkiti kulit, sistem pernafasan, tulang dan otak. Cara jangkitan adalah melalui sentuhan dan pernafasan.


Gambar dari internet

Penyakit Sporotrichosis atau lebih dikenali sebagai SPORO ini jarang berlaku. Oleh sebab itu, penyakit ini sukar dikesan oleh sesetengah doktor manusia dan doktor haiwan. Walau bagaimanapun, manusia masih boleh terdedah kepada risiko untuk dijangkiti penyakit ini.

Fungus ini berasal daripada persekitaran; tanah, tumbuhan dan dijangkiti dari satu spesies haiwan ke spesies yang lain, malah dari haiwan kepada manusia.

Kucing merupakan haiwan yang paling mudah menjangkiti dan membawa penyakit ini. Kucing-kucing yang tidak dimandulkan cenderung untuk keluar rumah, berkeliaran mencari pasangan dan bergaduh. Fungus ini di jangkiti oleh kucing melalui kulit yang tersangkut pada duri/dahan tumbuhan, cakaran dan gigitan dari haiwan lain. Fungus ini sangat mudah dijangkiti melalui luka terbuka.

Manusia pula boleh dijangkiti pada kulit melalui sentuhan, dan pada sistem pernafasan melalui udara.

Mengenalpasti tanda-tanda Sporo adalah sangat penting bagi membolehkan manusia mengambil langkah berjaga-jaga ketika mengendalikan kucing yang disyaki Sporo positif.


Tanda-tanda Sporo pada kucing:


Gambar dari internet


- luka atau kudis pada kepala (terutama sekali pada hidung dan muka), kaki dan ekor.

- luka ini pada asalnya berbentuk benjolan, menanah, menjadi kudis yang sukar untuk sembuh.

- kudis-kudis akan mula merebak keseluruhan kepala dan kaki kucing yang dijangkiti

- sesetengah kucing akan disertai dengan tanda-tanda demam, hilang selera makan dan kelesuan.

Sekiranya fungus ini menjangkiti manusia, tanda-tanda yang kelihatan ialah benjolan dan kudis pada jari, tangan, atau muka.


Cara mengesahkan kucing dijangkiti Sporo :

- melihat sampel kudis di bawah microskop

- ujian darah menyeluruh di makmal


Rawatan Sporo :

- kuarantin yang ketat supaya tidak menjangkiti haiwan lain atau manusia

- pengambilan potassium iodide secara oral selama 4-8 minggu

- pengambilan Ketoconazole dan Itraconazole

- pengambilan anti-fungal yang lain

- ubat-ubatan di atas boleh menyebabkan toksid pada haiwan dan perlu diambil pada sukatan yang betul mengikut berat badan haiwan tersebut

- Sporothrix ialah fungus dan bukannya bakteria. Rawatan menggunakan antibiotik adalah tidak efektif.

- Haiwan yang menghidapi Sporo tidak boleh mengambil ubatan berunsur steroid.


Cara menghalang jangkitan Sporo :

- Haiwan-haiwan peliharaan tidak sepatutnya dibiarkan berkeliaran di luar

- Memandulkan haiwan bagi mengurangkan pergaduhan dan percakaran

*** Perhatikan sekiranya kucing anda tiba-tiba mengalami benjolan, luka atau kudis. Segera dapatkan rawatan doktor haiwan yang bertauliah.


Sumber :

- http://en.wikipedia.org/wiki/Sporotrichosis

- http://www.petmd.com/cat/conditions/skin/c_ct_fungal_disease_skin

- http://www.peteducation.com/article.cfm?c=1+2134&aid=358

- http://honeypetshop.blogspot.com/2010/09/luka-kucing-lambat-baik-deadly-fungus.html


Thursday, December 15, 2011

Si Kenit Yang Patah Rahang

Si KENIT telah diselamatkan oleh Janet pada 10 Nov 2011 lepas dan kisahnya disiarkan di Facebook Malaysian Dogs Deserve Better.




Kos pembedahan membetulkan rahang si Kenit telah dibiayai oleh Janet dan kini kenit dalam jagaan fosterer SCRATCH sementara menunggu masa yang sesuai untuk di bawa ke Adoption Drive.


Sebelum pembedahan


Sejurus selepas pembedahan dan dibawa pulang oleh fosterer pertama, cik Sri

Ini adalah gambar-gambar terbaru si Kenit. Mulutnya agak ternganga sedikit meskipun telah menjalani pembedahan kerana kecederaannya yang teruk tidak dapat dibetulkan melalui pembedahan.







Si Kenit sangat lasak dan aktif bermain seperti tidak kenal erti sakit.

Anak kucing betina ini memerlukan rumah kekal dan tuan baru yang sudi menerima dan memberikan kasih sayang kepadanya.

Sekiranya anda sudi untuk menjaga si Kenit, emailkan kepada kami [subjek : si Kenit] di ktaj0311@gmail.com.

Bantu sebarkan.

SPCA World Animal Day 2011 / Hari Haiwan Sedunia 2011

Banyak aktiviti dan acara yang melibatkan SCRATCH (fka KTAJ) kebelakangan ini. Sampai terlupa langsung nak update dalam blog.

Semalam, Kosmo ada memaparkan berita tentang SPCA World Animal Day 2011 yang telah berlangsung pada 13 Nov 2011 yang lalu, jam 3-7pm di Desa Park City.

Petikan dari Kosmo Online - Hari Untuk Haiwan Kesayangan

Bertemakan 'Celebrate Your Love for Animals', aktiviti ini turut dihadiri oleh NGO-NGO yang lain. Walaupun hujan lebat, aktiviti tetap berlangsung dengan baik. Antara aktiviti menarik yang diadakan pada hari tersebut ialah :

- Penyaksian penandatangan petisyen 'STOP ANIMAL ABUSE'
- Pertunjukan K9 Show
- Pertunjukan Demo/'Agility Show'
- Penyampaian Anugerah
- Contoh 'Obedience Class'
- Berjalan-jalan jalan Desa Park bersama haiwan-haiwan kesayangan

KTAJ telah menerima anugerah 'The Top Rescue Group' kerana usaha-usaha sukarela menyelamatkan kucing-kucing yang terlibat dalam kes Petknode Boarding Centre pada September lalu.


Cik Bella, mewakili KTAJ mengambil award dan sijil dari SPCA ;)


Hamper dan award. Thanks SPCA!!!


Award! Dalmatian ni ampak besar dalam gambar ini ;)



Booth jualan KTAJ


Tidak banyak gambar istimewa yang dapat kami kongsikan sebab semua geng SCRATCH-ers sibuk beraktiviti sampai lupa nak berposing dan ambil gambar ;P

Wednesday, December 14, 2011

Sumbangan Untuk Aunty Tan Chin

Berikut adalah sumbangan yang diterima untuk Aunty Tan Chin.



Sangkar besar sumbangan daripada Zara Jaja. Terima kasih!

Kutipan wang yang berjaya dikumpul untuk membiayai yuran pemandulan kucing-kucing Aunty Tan Chin.

Via Cimb Clicks :
RM50 dari Mohd Faizol B Julian
RM30 dari Nashah Bt Bashah
RM10 dari Anonymous
RM10 dari Anonymous
RM20 dari Anonymous
JUMLAH RM 120.00

Via Maybank2u :
RM40 dari Zeti Norin Md Noor
RM100 dari Amy Ellyza Bt Ghani
RM50 dari Nur Faizah Bt Mohamad
RM5 dari Anonymous
RM30 dari Anonymous
RM100 dari Orlene Goh
RM100 dari Idah
RM10 dari Andrew Ho
RM12 dari Noor Syafinaz
RM30 Rosazliza Azman
RM10 Anonymous
RM30 Anonymous
RM60 Reiko Diana
JUMLAH RM 577.00

Via Charity Drive / Booth
RM200 Carina Hafiz at SACC Booth
RM20 Anonymous SACC Booth
RM50 Anonymous at MATIC Booth

JUMLAH KESELURUHAN YANG BERJAYA DI KUMPULKAN
RM 967.00, setakat 4.00 pm, 4 Jan 2012.


Sekiranya anda ingin sama-sama menyumbang dalam bentuk bantuan kewangan bagi membiayai kos pemandulan kucing-kucing ini, makanan kucing/anjing, ubat kutu, shampu, vitamin dan sebagainya kepada Aunty Tan Chin, sila emailkan kepada kami di ktaj0311@gmail.com.

Tarikh pemandulan kucing-kucing Aunty Tan Chin dan program gotong-royong akan kami war-warkan sedikit masa lagi.

Jutaan terima kasih kepada semua penderma.