Saturday, August 11, 2012

Kucing Patah Kaki Depan dan Bengkak Mulut (Nur Hazratie)

Email yang kami terima dari Nur Hazratie : 

Ahad, 22 Julai 2012 - 9.50am

salam..
saya yang post di facebook pasal kucing yang patah tangan n mulut bengkak tu..vet mana ye yang sesuai utk saya pergi..saya stay di bandar sri permaisuri..saya boleh bawa dia ke vet tp hari selasa baru boleh sbb abg saya gaji masa tu...so saya harap buat masa sekarang ada x apa2 treatment yang sesuai sbb td saya check dia dah x berak berdarah just suka mengiau..maybe lenguh atau gatal2 sbb bila saya urut dia diam...thanks sbb respond secepat yang mungkin..sbb saya ada buat post yang sama dlm satu lagi group xdilayan pun...sedih sgt...anyway thanks for the advice...
 -------------------
 Ahad, 22 Julai 2012 - 10.31pm 
Salam admin KTAJ, gamba saya ada attachkan.. jumpa kucing ni dkt flat saya..saya ni jenis xleh dgr kucing mengiau mesti cari sampai dpt..tambah2 time hujan..last time ada 3 ekor anak kucing bawah kedai burger di flat yang sama...saya just dpt providekan kotak, kain n letak tpt yang org xlalu lalang (budak2 flat ni xde sivik, suka cekik2 kucing)..last2 dpt jumpa gak mak dia..skang xtahu apa jadi kat kucing tu sbb saya check kotak dah xde. maybe mak dia alih tpt lain. choppa skang dah ok (tp dalaman saya xtahu)..saya ada belikan susu kucing n dia ada jugak minum..makan pun ok. cuma tangan dia mcm lembik..saya risau patah je sbb bila nak angkat dia saya kena pastikan area yg cedera tu sebelah atas..tp dia xnak duduk diam..maybe lenguh so kadang2 saya urut jugak sbb bila urut br dia diam...saya akan cuba dptkan rawatan di vet kerajaan cheras...





Kami memaklumkan kepada Hazratie kami bersetuju memberikan subsidi perubatan untuk kucing ini sekiranya bil perubatannya mencecah RM200 seperti yang tertulis dalam Polisi kami. 

Tapi sehingga kini masih tiada update dari Hazratie.

Kucing Kepala Berlubang (Nur Dianah Abd Ghani)

Email ini kami terima daripada Nur Dianah Bt Abd Ghani : 

Ahad, 22 Julai 2012 - 1.37pm

Ni gambar2 kucing tu, kucing ni jantan..
Jumpe hari isnin pukul 7 malam nampak mcm kena pukul sampai dia xleh berjalan then luka dia nampak mcm makin teruk
mula2 waktu jumpe luka dia kecik je tapi sekarang dah jadi mcm dalam gambar tu..
Saya xtau nak buat ape nii first time tgk luka mcm tu kucing2 saya xpernah kena mcm tu...

Regards,

Nur Dianah Bt Abd Ghani
0132625xxx





Kami menyarankan agar Diana segera membawa kucing ini mendapatkan rawatan dan melakukan ujian darah serta scrap test untuk mengenalpasti punca luka di atas kepala kucing ini dan memastikan kucing ini mengidap FIV atau tidak.

Kami memaklumkan kepada Diana bahawa pihak kami bersedia memberikan subsidi 50% untuk kos rawatan kucing ini dan menanti Diana untuk mendapatkan kos anggaran rawatan kos kucing ini daripada doktor yang merawat.

Bagaimanapun, kami masih belum menerima sebarang update berkenaan kes ini dari Diana. 


Anak Kucing Terbiar Mati (Bahizal Abu Bakar)

Saudari Ezal mengirimkan gambar anak-anak kucing ini beserta pelan lokasi di mana anak-anak kucing malang ini ditemui. 



2 ekor anak kucing malang telah ditinggalkan di Jalan Taman Datok Senu, Sentul bersebelahan highway. Salah seekor daripada anak kucing ini telah mati ketika ditemui.





Ezal berjaya mendapatkan penjaga untuk anak kucing ini dan menanam bangkai anak kucing yang telah mati.

Sampai bila kita sanggup melihat pemandangan seperti ini berterusan? 

Tolong mandulkan kucing peliharaan anda bagi mengelakkan anda dari tidak mampu menjaga anak-anak kucing yang bilangannya semakin bertambah.

Hentikan pembuangan anak-anak kucing kerana anak-anak kucing ini makhluk yang tidak berdosa!

Kucing Dengan Luka Teruk (Raja Hanisah)

Email ini kami terima daripada Raja Hanisah : 

Rabu, 25 Julai 2012 - 8.37am.

Salam & selamat pagi ktaj,
Pagi tadi lebih kurang jam 06:40pagi ada seekor kucing jalanan dihadapan pagar rumah saya yang telah cedera parah dibahagian leher hingga ke telinga sebelah kanan mungkin digigit anjing.  Keadaannya agak teruk dan luka telah lama, berbau dan berulat dibahagian telinga. Saya sedih melihat keaadan dia mengiaw kesakitan.
Hari ini saya mengambil cuti 1 hari untuk membawa die ke klinik Mesra di Bandar Baru Bangi.  Jika dia dapat diselamatkan selepas rawatan saya tak mampu untuk menjaganya kerana saya mempunyai 8 ekor kucing besar  dan 1 ekor lagi anak kucing dibela kerana sy jumpa dia kelaparan di kawasan rumah dan untuk kos rawatan pula sy tidak pasti berapa kosnya dan khuatiri saya tidak mampu untuk menanggung keseluruhan rawatan. 
Saya inginkan pandangan dan nasihat dari pihak ktaj bagi membantu saya dalam menyelesaikan perkara ini.
kerjasama yang diberikan didahului dgn ribuan terima kasih.
-Anis-





Kami telah bersetuju memberikan bantuan subsidi 50% untuk kos rawatan perubatan kucing ini dan meminta agar kucing ini segera diberikan rawatan.
 
Raja Hanisah telah membawa kucing ini ke Klinik Haiwan Mesra, Bandar Baru Bangi untuk mendapatkan rawatan dan mencuci luka kucing ini. 

Namun kami menerima berita pada 27 Julai 2012, kucing ini terpaksa di tidurkan (put to sleep/euthanized) oleh doktor kerana lukanya yang teruk dan usianya yang sudah tua. 

RIP dear cat :(

PETWORLD MALAYSIA 2012

Pada 15-17 Jun 2012 yang lalu, SCRATCH menyertai PetWorld Malaysia 2012 yang berlangsung 3 hari di Mid Valley Exhibition Centre Kuala Lumpur.





Pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti booth jualan, sampel makanan haiwan percuma, pertandingan haiwan, adoption drive dan banyak lagi. Kami gembira dapat bertemu dengan followers dan NGO-NGO yang lain. 





Sempena program 3 hari ini, kami berjaya mengumpulkan hasil jualan untuk disalurkan ke dalam Dana SCRATCH. Malah, beberapa ekor kucing yang kami bawa berjaya mendapatkan tuan baru. Kami juga membawa pulang banyak sampel makanan percuma untuk berikan kepada kucing-kucing jalanan yang kami beri makan.

















Bersempena program ini, Petster turut menganjurkan Food Donation Campaign hasil sumbangan Smart Heart. 200kg telah di berikan kepada 12 NGO yang mengambil bahagian dalam program ini.







 
Makanan ini kami agihkan di kalangan rakan-rakan 'feeders' yang aktif memberi makan kucing dan anjing jalanan di kawasan mereka.














Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dengan menganjurkan program ini dan pihak Smart Heart yang menaja sumbangan makanan haiwan.