Tuesday, June 28, 2011

Ada Nampak ASHLEY?

Kami menerima emel dari penulis yang sedang mencari kucingnya yang hilang.


Dear KTAJ,

We have lost our beloved cat ASHLEY . It was last seen at arnd TAMAN SEMANGAT, JALAN SEKERAT, 08000 SG PETANI, KEDAH.This area is the housing taman facing the back fences and the new quarters of penjara sg petani. Ashley is DLH , gray in color, with slight black stripes. Her fur is long but not as long as persian. She's slightly large and has nice fluffy long tail. And she responds well to her name.

She loves going up to the roof.
If you have seen her, pls pls contact us. For those staying in SP especially, really appreciate if you could share this on yr facebook.Any small gesture on yr part is greatly appreciated.

Ashley is an indoor cat, we are worried how she's gonna be able to look for food.

Thank you!



Sekiranya ada ternampak kucing seperti dalam gambar ini di sekitar Sungai Petani, sila hubungi :

Cik B - raydius_red@yahoo.com or 013-3010621




Sunday, June 26, 2011

Sayangkan Kucing Mandul-mandulkan

Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan,
Sayangkan anak tangan-tangankan...

Sayangkan kucing? Mesti lah dimandul-mandulkan agar kucing itu jauh dari jangkitan virus yang kini banyak menular melalui aktiviti mengawan dan gigitan gigitan akibat pergaduhan sesama kucing jantan semasa musim mengawan.

Soalan :
Apa hukum memandulkan kucing? Tak berdosakah?

Jawapan :

(poster Jakim)
"Bahawa mengembiri binatang kesayangan seperti kucing atau anjing hukumnya adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga muslahat ummah."- JAKIM Julai 2002
Hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibn Majjah:


أن النبي صلى الله عليه وسلم ضحى بكبشين عظيمين موجوءين


Maksudnya: “Bahawa Nabi S.A.W. pernah mengorbankan dua ekor kibas yang besar dan yang dikasikan.” (Hadith ini disahihkan oleh al-Albani di dalam Sahih Ibn Majah)

Tapi, cara pengembirian mestilah tak bagi mudaratkan haiwan tu.

Menurut al-Syeikh al-Uthaimin pula,



إذا كانت القطط كثيرة مؤذية ، وكانت العمليَّة لا تؤذيها : فلا حرج ؛ لأن هذا أولى من قتلها بعد خلقها .. وأما إذا كانت قططاً معتادة ولا تؤذي : فلعلَّ في بقائها تتنامى خيراً


Maksudnya: “Jika kucing itu banyak (jumlahnya) dan menyusahkan, dan proses mengkasinya tidak memudharatkannya, tidak mengapa, kerana mengkasi dalam keadaan ini lebih baik dari membunuhnya selepas ia Allah menciptakannya.. adapun jika jumlah kucing itu tidak banyak (jumlah yang biasa) dan tidak menyusahkan, mudah-mudahan membiarkan dia berkembang (membiak) itu adalah lebih baik.” (Fatawa Islamiyah 4/448).

Tepuk dada, tanyalah selera.

Apa guna kesian pada kucing "Oh.. nanti kucing tu sakit masa bedah", sedangkan kamu tidak rasa kesian pada kesakitan ia melahirkan anak² yang bakal menjadi mangsa buangan, di biar bergelandangan mencari makan sendiri, menjadi mangsa kenderaan yang lalu lalang, menjadi mangsa penderaan manusia kejam dan menjadi mangsa penularan virus² yang semakin berleluasa seperti FIP dan FIV?

Kami lebih kesiankan nasib kucing² yang ditangkap dan dikurung di Pusat Kurungan majlis bandaran, kemudian DILUPUSKAN jika tiada siapa yang menuntut selepas 6 hari. Salah siapa? Salah pihak bandaran? Salah kerajaan sbb tak menyediakan pusat perlindungan kucing² yang telah di buang oleh masyarakat? Salah org yang merepot? Atau salah manusia² ego yg gagal memandulkan haiwan peliharaan mereka? Lu pikir la sendiri!

Soalan :
mandulkan kucing kena bayar zakat?

Jawapan :
Apa itu zakat? Zakat terbahagi kepada berapa? Zakat wajib kepada semua orang Islam, tapi tak penah dengar pulak zakat kucing. Agak², kalau pegi pusat pungutan zakat, "Encik, saya mau bayar zakat kucing yang telah saya mandulkan," agak² apa respon pegawai di situ ye? Hahahahahahahaha.. ops! :D

KTAJ sangat aktif dalam program² pemandulan. Setiap bulan, hampir 15-30 ekor kucing dimandulkan.

SNIP PROGRAM - Untuk kucing jalanan atau mereka yang kurang mampu memandulkan kucing dalam kuantiti yang banyak.

SPEUTERING DAY
- Untuk mereka yang ingin memandulkan kucing rumah, tetapi beberapa syarat perlu di patuhi.

Sekiranya berminat, hubungi kami dengan segera kerana tempat adalah sangat terhad!

Shiro Si Kucing Putih Yang Di Buang Manusia Berhati Hitam!

rIni Shiro, ditemui oleh Cik Shah, rescuer KTAJ pada 1 Jun 2011 yang lalu.


Hari pertama di bawa pulang oleh Cik Shah

Foto oleh cik Shah


Di usia muda dan berkurap seluruh badan, Shiro di sahkan menghidap eczema. Meskipun masalah kurapnya berjaya di rawat, namun masalah eczema Shiro asyik berulang.


10 Jun 2011 : Hari ke-10 di rawat oleh Honey Pet Shoppe

Nampak jauh lebih bersih berbanding sebelum dirawat di sini.

Foto oleh cik Shah


Dan walaupun diberikan vitamin dan supplement harian, beratnya tidak bertambah. Sebaliknya semakin kurus dari hari demi hari. Masalah selsemanya jugak on-off. Dan satu yang merisaukan ialah najisnya yang banyak dan hanyir. Shiro kemungkinan besar dijangkiti FIP.


15 Jun 2011 : Hari ke-15 di HVC


Kalau kamu sembuh, pasti kamu sangat cantik!


Masalah eczema yang susah nak sembuh!


24 Jun 2011. Dr Nurul dari HVC meminta agar Shiro di bawa pulang kerana dikhuatiri menjangkiti kucing² sihat yang ditempatkan di situ. Ada sesetengah kucing yang mula menunjukkan simptom selsema setelah sehari di masukkan ke sana.

Dalam proses perbincangan antara Shah, admin² dan HVC, kami dikejutkan berita Shiro semakin tenat.

Shiro telah pergi meninggalkan kami pada tengahari 25 Jun 2011. Setelah 25 hari vet cuba menyelamatkan Shiro, kami pasrah dengan pemergiannya. Tamat sudah penderitaan haiwan kecil yg lemah ini.

Pemergiannya di tangisi, namun kami tak akan patah semangat untuk membantu lebih banyak haiwan jalanan di luar sana :(

We love u, Shiro ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Monday, June 13, 2011

Berita Terbaru Tentang AGNES

Ingat AGNES?

Pagi semalam, ternampak gambar terbaru Agnes di wallpost Miss Joey di FB. Duburnya terkeluar kembali.


Photo credit to Joey


Doktor melakukan pembedahan kali kedua dalam minggu ni dan harap ini pembedahan terakhir dan si comel Agnes akan terus sihat dan riang bermain macam kucing² sebayanya yang lain..


Photo credit to Joey


Bertahan ye sayang!!

Sunday, June 12, 2011

Kami Perlukan Lebih Ramai Volunteer!!! Bantu Kami!!

Beberapa wallpost yang KTAJ terima di FB sejak 24jam lepas..


" Sorry but i really have to borrow your page.Ni anak2 anjing dkt my college.Warden da threaten nak shoot or poison them.I'm trying to find some help but so far,nothing :( "

"
Hai..just nk tny samada u blh tlg cari kan umah baru utk mak kucing n 3ekor anaknya yg skrg slalu lepak kt restoran i? anak kucing tu br je lahir about 1week.. "

" Someone is dumping a cat mom and 3 newborn babies infront of my premises. We can afford to have more cats here. Can u help us find adopters for them? "

" Hi, there's a stray cat which stays at the carpark of a condo is PREGNANT AGAIN. The security guards/management brought her previous litter elsewhere and left to die. Can anyone take her in?

NEED HELP URGENTLY. I think she's about to give birth anytime soon again judging by the size of her belly. I'm afraid they will throw her kittens away again. She seems find with human, able to pet her. Otherwise is anyone able to foster temporary till she gives birth n her kitten big enough, then send her for neutering and release her back at the condo. "


Kami buntu.. tak tau bagaimana harus membantu. Melihat kes² sebegini sudah cukup buat kami sangat² berasa susah hati... Pelbagai usaha yang kami lakukan untuk mengurangkan populasi haiwan terbiar di jalanan. Speutering Day, Snip Program, Adoption, tapi semakin banyak haiwan yang kami bantu, semakin banyak kes pengabaian haiwan yang kami terima.

Kami takde cara lain untuk membantu. Jadi, ini yang boleh kami cadangkan.

Rescuer = mereka yang menemui, menyelamat dan melaporkan kepada kami.
Fosterer = penjaga sementara.
Adopter = penjaga baru.
Volunteer KTAJ = sukarelawan (untuk program pemandulan, bantuan transporation etc)

1) Mengiklankan jika ada pihak yang berminat untuk foster ibu dan anak² malang itu sementara waktu.

Si ibu akan di mandulkan sejurus cerai susu dan dilepaskan semula di kawasan asal mereka. Haiwan² ini hanya boleh dilepaskan di kawasan asal mereka ditemui. Sekiranya cuba me-relocate mereka ke kawasan baru, susah untuk rescuer pantau mereka semula sbb mereka akan lari dan bersembunyi di kawasan yang tidak didominasi oleh kucing²/anjing² lain. Anak² mereka pula akan akan dicarikan rumah baru dan pemilik baru akan memandulkan mereka jika sampai umur matang (on heat) nanti.

Kos pemandulan dan makan minum haiwan² ini sementara di rumah fosterer akan di tanggung oleh rescuer. Kecuali sekiranya telah dipersetujui oleh rescuer dan fosterer.

2) Kami memerlukan beberapa orang volunteer KTAJ dalam usaha kami memperluaskan kempen pemandulan.

Volunteer cuma perlu berkhidmat untuk kami sebulan sekali. Tugasan volunteer sangat mudah.

  • KTAJ akan beri senarai nama rescuers dan bilangan kucing yang perlu dimandulkan.
  • Kamu cuma perlu mendaftarkan senarai kucing yang ingin dimandulkan itu ke SPCA selangor dan Klinik Kembiri DBKL-SPCA untuk mendapatkan kelulusan dan tarikh pemandulan.Kebiasannya jatuh pada hari Sabtu.
  • Perlu berada di Klinik Kembiri DBKL-SPCA pada hari pemandulan untuk memastikan semua kucing yg didaftarkan tiba di sana dan bersedia untuk dimandulkan.

Sekiranya korang ialah fosterer/adopter/volunteer yang kami cari, sila hubungi admin² kami untuk berbakti bersama kami. Hari ni kita bantu org lain yang memerlukan. Siapa tau esok lusa kita pula yang memerlukan bantuan org lain..