Tuesday, September 20, 2011

Benjolan Di Perut Anak Kucing Comel

Anak kucing comel ini ditemui oleh Rin Nazri (Rina) dan suami di kawasan letak kereta di tempat mereka tinggal di Sunway. Betina, pointed shorthair, usia dalam 6-8 bulan.

Terdapat benjolan besar di perut anak kucing ini. Benjolan kelihatan seperti ada air di dalamnya, lembik bila ditekan dan kelihatan menyakitkan. Kaki kiri berjengket ketika berjalan dan sukar untuk duduk.







Dengan bantuan Dr Chan dari myanimalcare.org, appointment dengan Healing Rooms di Subang Jaya di lakukan petang ini, jam 5.30 petang lepas Rina pulang dari kerja.


Sama² kita doakan yang terbaik untuk anak kucing ini dan kami akan update mengenai anak kucing ini dari masa ke semasa.


BEEB BIBAH Kini Berkaki 3

Mesej yang kami terima dari Zetty Abdillah :

" Pada lewat pukul 11 malam semalam, saya dihubungi oleh rakan saya tentang penemuan seekor kucing yang cedera di area Restoran Mamak Habib, BBU. Kucing itu dilaporkan kepada saya hancur tapak kakinya.

Oleh kerana sudah lewat, saya meminta rakan saya membawa pulang kucing tersebut dan saya akan membawanya ke vet hari ini. Walaubagaimanapun, kucing tersebut terlalu trauma dan terlepas dari tangan kawan saya dan melarikan diri.

Jadi pada petang tadi, saya bertekad untuk mencari kucing tersebut setelah dinasihatkan oleh rakan-rakan rescuer KTAJ yang lain. Saya pergi ke restoran mamak yang dikatakan dan nasib saya baik kerana sekejap saja saya berjumpa dgn kucing ini.

Saya terkejut kerana kecederaan yang dilaporkan oleh kawan saya rupa-rupanya lebih teruk dari apa yg saya bayangkan. Kaki kucing ini sudah hancur dan nanah mula membusuk di sekitar luka. Ketika saya mengangkat kucing ini, terasa puting dibawah badan agak melekit. Saya terus membuat andaian bahawa dia mempunyai anak. Dengan bantuan pekedai-pekedai di kawasan tersebut, saya dimaklumkan anak kucing yg saya cari telah di ambil seorang Melayu malam sebelumnya.

Jadi, saya terus membawanya ke Global Pets Medical Center, Nusa Bestari utk mendapatkan rawatan segera utk kucing ini. Setelah diperiksa oleh doktor, doktor mendapati puting kucing ini sudah tiada susu, bermakna anaknya sudah tidak menyusu dan mungkin sudah besar. Alhamdulillah. Tetapi berita buruknya, kakinya terlalu hancur utk diselamatkan dan doktor terpaksa meng-amputasi kaki kucing ini segera.

Oleh kerana dia dibius, saya meminta doktor memandulkan terus kucing ini.

Alhamdulillah, jam 6 petang tadi, kucing ini selamat dibedah. Untuk memastikan dia benar-benar pulih dari pembedahan, doktor menasihatkan supaya dia di wad selama 3 hari.

Kos rawatan pula bernilai RM429.50.

Sekarang ini saya meminta dan merayu kepada semua agar dapat membantu saya menampung kos ini. Kepada sesiapa yang sudi membantu boleh private message saya atau inbox saya utk mengetahui bagaimana anda boleh membantu saya. :(:( saya benar-benar perlukan bantuan anda.

-Zetty Abdillah. "

Bersama itu Zetty sertakan gambar ibu kucing yang dimaksudkan.



Kaki belakang si ibu kucing yang hancur.


Kaki yang telah di potong dan ibu kucing ini turut dimandulkan.



Gambar ibu kucing dalam bilik rawatan di Global Pet Medical Center, Skudai selepas pembedahan.


Maka kami menjalankan derma kilat pada malam yang sama ibu kucing ini menjalani pembedahan lepas vet memberikan jumlah bayaran perubatan yang perlu di bayar. Dan mencari tuan baru supaya kucing ini tidak terbiar di jalanan lagi dengan keadaannya yang sebegitu.





Alhamdulillah, beberapa org telah menghubungi kami dan Zetty untuk adopt kucing ini dan pada malam yang sama, derma yang dikumpul juga berjaya membiayai semua perbelanjaan perubatan kucing ini.



Ibu kucing ini dipanggil Bibah oleh Zetty. Tapi kami bg nama yang lebih glamour.

BEEB.


Have a good life, Beeb! :)

Bil perubatan Beeb yang telah dijelaskan.




Alhamdulillah... terima kasih semua.



Wednesday, September 14, 2011

Luahan Hati Admin² KTAJ Rentetan Kes Petknode

Kami di tubuhkan bukan semata-mata untuk membantu kes Petknode (PK). Kami di tubuhkan pada 03 Mac 2011 dan maklumat tentang misi dan tujuan kami, anda boleh baca di ruangan maklumat / 'info' di Facebook.

Sebelum kes PK, ahli kami bukan berjumlah 300 orang tetapi 3600++.
1000 followers pertama adalah penyokong setia pengasas KTAJ dan admin² baru.
Kenaikan mendadak ahli adalah satu bonus untuk kami walaupun kami lebih mementing kualiti daripada kuantiti. Walaupun jumlah kami sedikit sebelum ini, tapi kami sangat akrab dan saling mengenali antara satu sama lain.

Untuk pengetahuan follower baru, 2 pengasas KTAJ merupakan 2 admin jemputan kepada satu 'fan club page' di Facebook milik seekor kucing yg kehilangan kedua² kaki hadapan. Tapi demi memperjuangkan nasib haiwan jalanan yang semakin hari semakin bertambah kes pembuangan dan penganiayaan, dan tidak fokus kepada fan club nasib seekor kucing semata-mata, mereka menubuhkan komuniti sendiri - 'Kucing Terbiar & Anjing Jalanan' bagi membantu rakan-rakan lain yang ingin membantu haiwan² jalanan.

Kami bukan NGO besar. Kami bukan bukan ahli politik atau orang kenamaan yang mahu glamour dengan menubuhkan komuniti ini. Kami hanya sekumpulan pencinta haiwan yang tidak mahu hanya 'bercakap' di depan screen dan setakat berkongsi gambar² kucing comel berbaka mahal yang gebu.

Apa yang kami lakukan untuk kes PK bukan untuk meraih nama. Kami sekadar membantu apa yang termampu, shout out for rescuers/volunteers/fosterers, sumbangan makanan dan keperluan kucing, sumbangan wang untuk biaya perubatan kucing² tersebut.

Banyak dugaan yang kami terima. Dicerca oleh pihak lain yg mendakwa mereka pencinta haiwan. Tidak ada kerjasama antara KTAJ dan rescuers/volunteers/fosterers. Kami mahukan bantuan dan sokongan berterusan. Tapi ramai yang give up separuh jalan. Yang jadi mangsa, kucing² yg diselamatkan...

Berkenaan dengan page KTAJ yang mengamalkan 'dasar tutup pintu' sejak kes Petknode ni, maaflah kami terpaksa berbuat demikian demi memberi peluang kucing² tersebut di temui oleh tuan asal dahulu, memberi peluang kami update tentang aktiviti baru dan progress kucing² yang sedang mendapatkan rawatan. Dan kami terpaksa memadam post² yang tidak berkaitan.

Harap semua faham.

Ada yg mempersoalkan 'mengapa admin tidak turun padang?'
2 pengasas KTAJ di utara tanah air. GB di Penang, Kak SS di Perak, tD di Melaka, Cik K di Shah Alam dan Cik L di Kl. Mampukah Cik K dan L nak buat semua tu? Tentu tidak. Tapi itu tak bermakna admin² tak buat kerja!

Sebahagiannya bekerja di hadapan komputer mengadap screen menunggu update dan info. Ya, mungkin ada yang menganggap kerja di hadapan screen lebih senang berbanding yang bertungkus lumus di luar sana. Kami sangat menghargai usaha volunteers yang membantu dari segi tenaga, tapi untuk menghadirikan diri kami yang beratus kilometer ke tempat kejadian, itu bukan pilihan kami.

Kami dah cuba apa yang termampu, bekerja 8+8 jam sehari demi tuntunan prihatin dan kemanusiaan membantu rakan2 lain membantu haiwan jalanan yg memerlukan. Tapi kami tidak dapat memuaskan hati semua orang.

Dengan rendah hati, kami memohon maaf di atas segala keterlanjuran kata dan kekurangan selama kami membantu tentang kes PK ini. Sanjungan buat semua rescuers dan volunteers yang sentiasa menunggu tepi padang untuk menghulurkan bantuan. Hats off to them!

Sunday, September 11, 2011

Program Lawatan Ke Pusat Jagaan Kucing Terbiar MPJ, Jasin, Melaka Kali Ke Dua.

Photobucket

Pertama sekali kami ingin merakamkan ucapan terima kasih dan sangat berbesar hati menerima sumbangan dari pada penderma di bawah :

ummu hurairah
nurul kadariah
b syg pot
ruzaida zulkifli
shaz alina
nazlin
norsianti talib
zeela
mami & chika
alia ash
ezwani kamarudin
nora kuchiki
courfey lia
surya ismail
zeezam
noor huwaina
nor hafida marzuki
mm
ecah

Program ini di rancang untuk dijalankan pada Bulan Ramadhan yang lalu tetapi kemudiannya di tunda atas permintaan ramai atas sebab kesibukan untuk menyambut Syawal.

Kami merancang untuk mengadakan program tersebut seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 24hb Sept 2011
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Pusat Jagaan Kucing Terbiar MPJ , Jasin, Melaka
Aktiviti : Penyampaian sumbangan makanan dan ubat-ubatan.

Program ini masih menunggu kelulusan daripada pihak yang berkenaan dan sekiranya ianya di luluskan kami akan mengwar-warkannya kepada umum.

Terima kasih.


Friday, September 9, 2011

Kutipan Wang Haram Untuk KTAJ?

MAAF KAMI TERLALU SIBUK DAN BELUM ADA KESEMPATAN UNTUK UPDATE BLOG BERKENAAN ISU PENGANIAYAAN KUCING DI PETKNODE CAT BOARDING.
Selain Malaysian Dogs Deserve Better dan myanimalcare, tidak ada persatuan lain yang menyalurkan bantuan pendahuluan kewangan/akaun perubatan sejak hari pertama misi menyelamat. Dan kami tidak meminta mana² bantuan persatuan lain untuk mengutip derma bagi pihak kami. Berhati-hati dengan pihak yang mengambil kesempatan mengutip derma berikutan kes Petknode ini. Refer blog myanimalcare untuk membaca kisah ini.

Kami menerima laporan ada yang mengedarkan risalah mintak derma dari org ramai dengan tertera nama KTAJ di atas risalah tersebur. Jangan tertipu! Sekiranya ingin menderma bg membantu kucing² Petknode dalam jagaan kami, emelkan kepada kami di ktaj0311@gmail.com atau hubungi MDDB selangor di malaysiandogsdeservebetter1@gmail.com SAHAJA.


Bermula jam 10 pagi tadi, kami tidak lagi mengumpul derma menggunakan akaun selain akaun yang diberikan dibawah ini kerana ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan mengumpul derma menggunakan nama kami dan ada yang menyebarkan risalah kononnya mewakili KTAJ. Kami tidak pernah memberi kebenaran kepada pihak lain untuk berbuat demikian.


BAGI YANG MASIH MAHU MENYALURKAN DERMA BAGI MEMBIAYAI PERUBATAN KUCING² DIBAWAH JAGAAN FOSTERER KTAJ, BOLEH GUNA AKAUN INI :
Community Development and Integration Initiative Bhd (MDDB Selangor)
Public Bank Account Number: 3151793708.

Emailkan FOR CATS FOSTERED UNDER KTAJ bersama jumlah derma yang dibuat ke ktaj0311@gmail.com dan cc ke malaysiandogsdeservebetter1@gmail.com.

TERIMA KASIH.