Thursday, January 23, 2014

S.C.R.A.T.C.H @ SACC MAll Shah Alam

Hello Kawan Kawan 

Hampir 2 minggu yang lalu kami mendapat jemputan dari Presiden KKM untuk turut serta dengan program anjuran mereka. Kami diberi peluang dan ruang untuk membuka booth bagi membolehkan kami membuat jualan amal serta mencari rumah baru untuk kucing  kucing yang kami selamatkan. kami sangat sangat menantikan event di SACC kali ini kerana followers dan pengujung yang datang sangat supportive. Ramai di antara mereka yang tidak  lokek untuk memberikan bantuan dalam bentuk kewangan dan juga barangan. Ada juga yang sanggup berkongsi tenaga untuk kami. Followers dan Pengunjung SACC Mall memang terbaik!

Event 2 hari ini memang meletihkan kami tapi melihat pengunjung yang datang untuk sama sama belajar tentang penjagaan kucing, kepentingan untuk memandulkan kucing kesayangan dan membantu kucing/anjing jalanan, keletihan ini sangat berbaloi. Salah seorang volunteer merangkap rescuer kami membawa 4 ekor anak kucing yang sangat comel sehingga sekali pandang memang tak jemu. Alhamdulillah kesemua mereka mendapat  rumah baru. Kami berharap tuan dan puan baru ini akan membesarkan anak anak kucing tersebut dengan penuh kasih sayang dan rasa tanggungjawab. 


Ouh ya! untuk pengetahuan kawan kawan juga, kami telah dibantu oleh mascot kami! Nama timangannya Megat Jackson M.Y.F atau nama sebenarnya Jaxson. JaxJax ditugaskan untuk melayan pengunjung booth kami sambil mengumpul dana untuk  kami. Ouh kami sangat gembira dengan ibu bapa yang pada awalnya agak skeptical dengan kucing, beralah untuk membenarkan anak anak mereka bermain dengan JaxJax. Seekor kucing yang super-manja dan sangat suka dipeluk, bukan sahaja kanak kanak, tetapi orang dewasa juga mudah jatuh cinta kepada JaxJax. 

JaxJax adalah kucing jalanan yang diselamatkan oleh salah seorang volunteer kami. JaxJax ketika itu berumur kurang dari 1 bulan dan ditemui dalam keadaan yang sangat menyedihkan. Berkat kasih dan sayang dengan makan dan minum yang cukup, vaccination yang lengkap kini JaxJax membesar benar benar bagai johan. Kita tidak perlu kepada pembelian kucing dari mana mana petshop mahupun orang backyard breeder. Sekiranya ikhlas dan keupayaan kita memandang kecantikan kucing lebih dari baka mereka, maka kucing jalanan mampu menjadi secantik serta sebaik Jaxson! 

Kawan kawan yang kami hormati, 

sama ada yang sempat singgah di SACC Mall, melalui online mahu pun apa jua caranya, kami tidak dapat mencari perkaatan yang sesuai untuk mengucapkan TERIMA KASIH kami kepada anda yang telah menyumbang kepada dana kami. 

Dana ini akan digunakan untuk membiayai perbelanjaan perubatan dan operasi pemandulan kucing jalanan. Kami adalah NGO yang berdaftar dan akan diaudit oleh auditor bertauliah. Kami berharap kawan kawan akan terus menyokong kami baik dari bantuan kewangan, tenaga dan sokongan morale. 

Kami akan berada di Putrajaya pertengahan bulan February ini. Kami akan update dari semasa ke semasa dan harap dapat berjumpa dengan kawan kawan di Putrajaya pula kali ini! 


-Encik MemeranGemok-



Sunday, January 19, 2014

MSMW 2014 Bloggers Awards

Hi kawan kawan, 




Our blog site has been nominated for the MSMW 2014 Bloggers Awards. Thank you for the nomination and you know who you are! 

We would like to inform that one of the nomination criteria is to PROMOTE the core event MSMW 2014 extensively in order to gain interest and reach among the followers and the general social media fraternity. Kawan kawan may access the MSMW 2014 here, yes please click there. :-) 

So we are putting up the logo as a sign of our strong support of this event. Thank you again! 

-Encik MemeranGemok-

Friday, January 3, 2014

S.C.R.A.T.C.H at PetWorld JB!

Hi kawan kawan,

Di tahun 2013, kami sangat sangat bernasib baik kerana mendapat jemputan untuk menyertai pelbagai program amal untuk menambah dana subsidi kami. Terkini pada bulan Disember yang lalu, berlangsung PetWorld di Danga City Mall dari 14 hingga 15 haribulan. 

Di awal perancangan, hanya 4 orang sukarelawan yang dapat hadir di program besar ini tetapi akhirnya seramai 8 orang sukarelawan yang membantu! Terima kasih kepada volunteers SCRATCH yang menjayakan dan melicinkan perjalan aktiviti  ini. Volunteers kami tiba pada petang Jumaat 13 haribulan dan menginap di hotel yang berdekatan di Dangat City Mall. Ouh kami suka kan Johor Baharu dan orang JB! Setelah selesai menguruskan penginapan kami ke tapak exhibition untuk merancang susunatur booth kami. pelbagai barang jualan dan aktiviti yang kami telah aturkan untuk menyambut follower follower kami di J.B . Untuk pengetahuan follower semua ketika event di JB kami ada bawa T-shirt biru edisi terhad. T-shirt ini buat pertama kalinya di jual di JB dan kawan kawan di KL pun masih belum dapat membelinya lagi. Tetapi jangan risau, kami akan ada event di SACC mall dan baju ini boleh diperolehi di sana. Jangan lupa jumpa kami di sana nanti. Detailnya akan kami beri sedikit hari nanti. 

Seperti biasa, aktiviti face-painting adalah aktiviti yang paling panas. Tua muda, kanak kanak dewasa, follower di JB memang sangat mengkagumkan. Mereka datang memberi sokongan seawal jam 11 pagi iaitu sebaik sahaja dewan pameran dibuka kepada umum pada hari sabtu.kanak kanak mula mengerumuni booth kami untuk face-painting.  

seronoknya di PetWorld JB, berlangsung juga pertunjukan reptilia seperti ular, cicak gecko dan arachnid (labah labah). Menjelang tengah hari selepas jam 1, lebih ramai pengunjung dan follower yang datang singgah ke booth kami. ada yang datang menderma dan tak kurang juga yang datang memborong membeli barangan jualan kami untuk menderma. hari pertama berakhir pada jam 830 malam. kami ingin meminta maaf kerana ada follower dan supporter yang datang terlewat sedikit dan kami telah pun berkemas pulang. kami pulang dan berdoa hari kedua menjanjikan jualan yang lebih baik untuk kami buat tambahan dana. 

Di hari kedua kami didatangi pengunjung, supporter, follower lebih awal dari yang dijangka. kami amat berbesar hati dengan sokongan yang diberikan oleh kawan kawan tinggal di JB. gambar gambar di bawah adalag antara pemandangan yang sempat kami rakam sekitar berlangsungnya event PeWorld Johor Baharu 2013. 

Salah seorang follower yang tekun mendengar  penerangan dari
volunteer kami. 
Kakak kakak manis dan adik adik chomel yang sibuk membeli
sambil beramal untuk membantu dana SCRACTH 

Antara limited edition t-shirts dan non-woven bag yang ada
di booth kami. warna warni barangan yang boleh menceriakan
hidup dan juga membantu kucing terbiar anjing jalanan. 

kami tetap berterima kasih kepada pengunjung yang datang sama ada
yang membeli sambil menderma mahupun yang datang mendengar
penerangan kami. 
Akhir sekali kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Presiden Kelab Kucing Malaysia dan juga wakil dari SmeartHeart yang bermurah hati berkongsi makanan kucing dengan kami untuk diberikan kepada volunteer dan feeder kami. Setiap event yang kami sertai, kami amat bernasib baik menerima sumbangan dari pihak yang sangat bermurah hati kepada kami. Alhamdulillah kami panjatkan tanda kesyukuran dan kami mendoakan kebaikan keatas mereka.   


untuk kawan kawan yang belum mengetahui, kami bukan meminta sedekah ataupun derma semata mata. kami bekerja keras membuat merchandise atau barang barang untuk jualan dan dari situ kami mengumpul dana. kami juga ingin memberitahu bahawa kami bukanlah petshop. membeli dengan kami bermakna kawan kawan membantu secara terus kelangsungan dana kami. kami tidak meminta minta tapi kami percaya kawan kawan follower akan menyokong aktiviti yang kami jalankan. 

Event yang seterusnya akan diadakan di SACC Mall Shah Alam. Apa kata kawan kawan datang dan berkenalam dengan volunteers kami untuk mendapatkan penerangan lanjut tentang aktiviti yang kami telah jalankan, sedang jalankan dan akan jalankan. 

dari semasa ke semasa kami akan membuat pengumuman di main page kami. boleh tekan di sini, ye kawan kawan di situ lah. :-) 

okay itu sahaja buat masa ini. nanti ada masa kami akan updatekan lagi cerita cerita menarik buat bacaan santai kawan kawan. 

-Encik Memerangemok-