
Sekali pandang, nampak si ibu seperti sedang tidur dengan tenang, sementara menunggu anak-anak yang masih kecil menyusu sehingga kenyang.
Hakikatnya, anak-anak yang masih belum membuka mata ini menyusu pada jasad ibu yang sudah terkujung kaku.
Si ibu dilanggar ketika cuba memindahkan anak-anaknya ke sebuah restoran Jepun berhampiran. Kemungkinan dilanggar ketika memindahkan anak yang terakhir. Anak kecil itu mengalami sedikit kecederaan dan akan dibawa oleh rescuer ke klinik haiwan untuk pemeriksaan.
Terima kasih kepada Leonard Pang dan Jennifer Leong kerana menyebarkan gambar ini.
Terima kasih kepada rescuer, Hanie Razaif, yang ketika itu berada di kawasan berhampiran terus bergegas mendapatkan anak-anak kucing tersebut. Ketika rescuer tiba, jasad si ibu telah di buang ke tong sampah besar berhampiran, tetapi Hanie telah meminta agar jasadnya dikeluarkan dari tong sampah tersebut untuk ditanam.

Terima kasih kepada Marina yang sudi membawa pulang jasad si ibu kucing untuk ditanam dengan sempurna.
Terima kasih kepada Fariza Mustafa kerana menumpangkan ibu susu untuk 2 ekor daripada 4 ekor anak kucing ini.
Terima kasih semua.
Doakan semoga anak-anak kucing ini survive. Mereka akan di tempatkan for adoption bila cerai susu nanti.