Friday, July 22, 2011

Adoption Drive 6 Ogos 2011

Penganjur : MDDB & MCCP (Northern)
Tarikh : 6 Ogos 2011
Masa : 6pm - 12 tgh malam
Lokasi : Hadapan Shop In d' Park (Juru Auto-City), Juru Penang.

Aktiviti :
- adoption drive
- fund-raising / kutipan derma
- Jualan barangan MDDB & MCCP.





Sesiapa yang ingin mendermakan barangan seperti tuala terpakai/baru, makanan² anjing/kucing, beras, shampu, sabun, dan suratkhabar, boleh hantarkan di booth mereka pada hari tersebut. Datang ramai² dan adopt lah sekor dua puppy/kitty ye ;)

Derma untuk MDDB & MCCP (Northern) ini boleh disalur terus ke akaun mereka :
RHB Account No: 10206900222790 - Tan Fen Ying. Sebarang pertanyaan, boleh hubungi mereka di : mddb.mccp@gmail.com

Wednesday, July 20, 2011

Encik Kucing Tuala

Ketika sedang mencari-cari contoh kraf berkenaan kucing (yang bole jual untuk mengisi Dana KTAJ), tetiba jek terjumpa satu website cool cara² membuat patung kucing menggunakan tuala dari Dollmaker.




Cool gile, kan?

Kucing tuala ni diberi nama Terry. Sukati korang la kalo nak bubuh nama Encik Kucing Tuala sekalipun. Hehe..

Cara membuat Encik Kucing Tuala ni senang jek...

1) Lukiskan atas tuala. Guna kain lain pun bole. Ikut kreativiti korang. Asal korang hepi.. hek hek hek..




2) Potong luar garisan yang korang dah lukis tu. Pastu jahit dan cantumkan bagi membentuk kepala dan badan seperti di bawah ni. Jangan lupa pasang ekor ye. Kang jadik kucing cacat pulek!




3) Terbalikkan jahitan yang dah siap tadi.





4) Sumbat dengan fibre filling. Kat kebanyakan kedai kraf ada menjual pada harga RM3 bagi 100g. Cari fibre filling tau. Bukan fibre sheeting. Kalo takde, sila kumpul bulu² gugur kucing² korang kat rumah tu untuk sumbat dalam tuala ni. *acah jeeee...*




5) Gunakan benang sulam/benang kait/apa² benang yang tebal, jahitkan mulut, misai dan mata Encik Kucing Tuala ni. Boleh jugak kalo nak gunakan mata palsu yang ada dijual di kedai² kraf tu. Nampak lagi comel.






5) Jahitkan kepala ke badan Encik Kucing Tuala.




6) Taraaaaaaa~ Siap dah!! Suka tak?? ;)


Tuesday, July 19, 2011

Kucing vs Ayam. Sape lagi miskin?

Gambar dari The Telegraph
(kisah benar persahabatan kucing dan ayam!)

Kucing : Ayam, kau ni mesti miskin. Pakai seluar sampai lutut jek. Tengok macam aku, pakai baju satu badan. Siap berstokin lagi.

Ayam : Aku pakai seluar sampai lutut pun takde la macam kau. Tutup sampai kuku, berstokin bagai, tapi lubang pungkok nampak. Apa kes? Seluar koyak kah?

KAH KAH KAH!!

Teka Teki Matematik Kucing! Hehe..

Imej dari internet


Soalan 1 :

Dalam sebuah bas ada 7 orang awek. Setiap orang awek membawa 7 buah beg. Dalam setiap beg ada 7 ekor kucing betina. Setiap ekor kucing betina ada 7 ekor anak kucing. Setiap ekor kucing ada 4 kaki. Jadi ada berapa kaki dalam bas tersebut?

Takyah kira kaki drebar, tukang tiket dan yang tak berkaitan dengan soklan dia atas ye ;)


♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Soalan 2 :

Seorang pencinta haiwan memiliki beberapa ekor burung dan beberapa ekor kucing menjadikan jumlah keseluruhan haiwan belaannya 30 ekor. Jumlah kaki haiwan-haiwan tersebut adalah 74. Soalannya, berapa ekor burung yang dimiliki oleh orang itu???

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Imej dari internet

Soalan 3 :

Kucing munchkin = RM1000 sekor
Kucing parsi = RM500 sekor
Kucing siam = RM50 sekor

Dengan wang RM10000, sila beli 100 ekor kucing.
Berapa ekor kucing munchkin, parsi dan siam yang bole dibeli dengan RM10000 tu?

Snip Program DBKL-SPCA - 16 Julai 2011

Alhamdulillah.

Setiap kali kami mengadakan aktiviti pemandulan beramai-ramai di Klinik Kembiri DBKL-SCPA, sambutan adalah sangat menggalakkan. Sebanyak 10-20 ekor di daftarkan setiap sesi, dan bilangan kucing yang dimandulkan semakin bertambah dari masa ke semasa.

Syukurlah. Masyarakat sudah semakin terbuka dan sedar kepentingan memandulkan haiwan kesayangan mereka dan haiwan² yang menumpang makan di rumah mereka.

Ini adalah sebilangan daripada 19 ekor kucing yang mendaftar untuk SNIP PROGRAM 16 Julai yang lalu.




Terima kasih kepada volunteers kami yang terlibat iaitu Cik Lola (admin KTAJ), Mira Ahmad dan Hasliza Mohamad, owners dan feeders yang mendaftar.

Jika anda ingin memandulkan haiwan peliharaan anda (homepets) pada yuran yang murah, boleh hubungi Klinik Kembiri terus. Peta lokasi, cara menghubungi dan yuran yang dikenakan ada dinyatakan di sini.

Atau jika anda mau memandulkan kucing² yang menumpang makan di rumah anda (strays) pada yuran murah di bawah program SNIP PROGRAM kami, boleh emel kepada kami di ktaj0311@gmail.com.

Program ini hanya terhad untuk kucing² terbiar di jalanan. BUKAN HOMEPETS. Jangan salahkan kami jika homepets anda di kerat hujung telinga kerana itulah prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak DBKL untuk semua strays yg dimandulkan di sini.

Yuran pemandulan di bawah program ini ialah RM25 untuk kucing jantan, dan RM35 untuk kucing betina. Murah, kan?

So, apa lagi? ;)

~cik n~

Tuesday, July 5, 2011

Cikgu Macho Yang Menjijikkan!

Photobucket

Bagi anda ini sangat 'macho' kononnya. Tapi bagi kami, ini amat menjijikkan.

Photobucket


Anda mendakwa anda seorang guru di salah sebuah sekolah menengah di Negeri Sembilan. Lulusan dari salah sebuah Maktab Perguruan di Bandaraya Kuala Lumpur. Tahniah. Anda seorang pendidik. Pendidik anak pelbagai bangsa. Mendidik anak-anak dari bangsa sendiri juga. ALhamdulillah. Anda seorang yang terpelajar. Mempunyai pengetahuan dan pastinya dapat membezakan yang mana boleh dan tidak.




Photobucket


Namun alangkah malangnya kerana sifat keprihatinan dan keperimanusian anda hanya di paras buku lali. Malang bukan? Anda sudah punya profesion yang di pandang tinggi oleh masyarakat. Menjadi salah seorang kakitangan kerajaan yang di idam-idamkan oleh orang lain.


Tapi mengapa ini terjadi? Mengapa otak anda begitu dangkal untuk memberi peluang orang lain mengehentam anda? Mengapa?

Mengambil kucing jiran tanpa izin. Agak simpati ianya adalah anak kucing yang baru menyusu. Di tangkap, di bungkus kemudian di campak di tepi jalan dan di semak. Nyaris juga seekor lagi di campak ke dalam sungai? Gilakah anda Azri? Tidak waras?

Isu ini sangat sensitif untuk saya. Saya tidak mewakili mana-mana pihak. Ini adalah blog saya dan apa yang saya tulis adalah berdasarkan apa yang saya rasa dengan tindakan bodoh anda itu. Lebih dungu lagi ianya menjadi bahan jenaka anda bersama anak-anak murid anda! Mengapa? Mengapa perlu menyesatkan pemkiran anak-anak tersebut dengan perangai buruk anda? Apa salah mereka hingga anda membabitkan mereka sama dalam sikap kurang ajar anda melayan jiran dan kucing-kucingnya?

Tindakan biadap anda bukan satu gurauan seperti yang di dakwa. Bergurau dengan ada batasnya. Anda telah mencuri. Mengambil kucing-kucing jiran anda tanpa izin dan membuangnya mengikut suka hati anda.

Pernahkah anda fikirkan seandainya yang di ambil tanpa izin itu dari kalangan ahli keluarga anda? Di perlakukan sebagaimana anda melakukan terhadap anak-anak kucing malang itu? Tidak mengapa bukan? Itu hanya gurauan. Betul? Apalah sangat! Anda boleh senyum sekarang!!

Sebagai guru anda sepatutnya menunjukkan kepribadian yang baik dengan masyarakat terutamanya dengan anak murid anda! Sepatutnya andalah yang perlu menerangkan, mana yang buruk dan mana yang baik tentang sesuatu perkara. Membimbing agar mereka tidak melakukan sesuatu perkara negatif. Tetapi, apakah yang telah anda lakukan? Anda telah merosakkan pemikiran anak-anak murid anda dengan menunjukkan dan melakukan tindakan yang sangat negatif.

Masalahnya, kucing berak bersepah. Bolehkan ianya di bawa berbincang? Tiada tolak ansur? Mengapa sampai mahu buat program 'pelupusan kucing'. Sudah tidak waras? Di manakah tolak ansur? Perbincangan? Penyelesaian yang baik?

Kucing-kucing tersebut sudah semestinya hanya memiliki otak dan tidak akal. Tetap sebagai manusia yang Allah S.W.T kurniakan akal fikiran sepatutnya boleh berfikir dan cari jalan penyelesaian yang baik.

Semoga Allah mengampuni kekhilafan kita semua. InsyaAllah. Namun kemaafan sesama manusia amat sukar di cari.

Sama-samalah kita memuhasabah diri En. Azri.

Segalanya sudah bermula,
pasti sukar untuk berakhir...

Terimalah hakikat, anda berada dalam lingkungan manusia yang amat peka dengan kekejaman terhadap haiwan!



TOLONGLAH! HENTIKAN KEKEJAMAN TERHADAP BINATANG!!

---------------------------------------------------------


Update pada 5 Julai 2011 :
Emel permohonan maaf dari Cikgu Azri untuk semua pencinta haiwan yang mengikuti kisahnya.



Emel yang di balas oleh KTAJ :



Sekali lagi emel meminta maaf oleh Cikgu Azri :



Kita semua dah baca penjelasan Cikgu Azri.

Jika beliau bersalah, itu dosa beliau dengan kucing² tersebut dan dosa beliau pada Tuhan.

Ambil ini sebagai pengajaran untuk kita semua.


Monday, July 4, 2011

Menangguk Di Air Keruh?

Topik ini sangat sensitif untuk kami ketengahkan, kerana ianya melibatkan reputasi dan nama baik pihak lain. Namun kami terpaksa kongsikan, untuk pengajaran dan teladan bersama. Jadikan ini iktibar dan peringatan untuk semua pemilik anjing/anjing yang lain.

Beberapa minggu lalu, kami dihubungi oleh seorang pemilik kucing, Cik H. Keluarga Cik H telah memanggil satu Foster Home (FH) untuk datang ke rumah mengambil kucing Cik H. FH ini sangat aktif dengan aktiviti fostering dan adoption drive. Kucing Cik H telah diserahkan pada bersama 'handling fee' (bayaran yang perlu diserahkan oleh pemilik kepada foster home tersebut) seperti yang telah ditetapkan oleh FH pada lewat malam sabtu.

Cik H pulang ke rumah mendapati kucingnya dah takde. Oleh sbb dah lewat malam, esok paginya Cik H segera menelefon FH untuk bertanyakan tentang kucing beliau. Cik H mahu mengambil semula kucingnya dan menghalalkan bayaran yang telah dibuat oleh familynya. Tapi beliau sangat terkejut bila diberitahu kucing itu sudah di adopt.

Kenapa Cik H terkejut?

1) Sebab keluarganya serahkan kucing tu lewat malam sabtu. Kalo ikut jadual adoption drive FH, malam tersebut takde adoption drive. So bila macam kucing tu di adopt.

2) Takde butiran siapa yang adopt kucing tersebut. Pada pendapat kami, sebagai FH berdaftar (err.. berdaftar ke?) mereka sepatutnya ada rekod setiap sesi penyerahan dan pengambilan kucing² yg ditempatkan di sana.

3) FH tersebut khabarnya mempunyai hampir beratus ekor kucing dalam jagaan mereka. Kitten² yg comel pun berlambak. Mana mungkin kucing dewasa berbaka kucing kampung biasa bole dapat adopter dalam tempoh 12 jam diserahkan sedangkan anak² kucing yang comel² masih tak dapat adopter.


Timbul juga keraguan di hati kami...

Mungkinkah FH datang mengambil kucing tersebut, mengambil bayaran tanpa mengeluarkan resit/agreement, berlalu pergi... kemudian berhenti di mana² pasar/kedai makan/tepi jalan, meninggalkan kucing tersebut.. lepas tu pergi berpoya-poya makan mekdi bersama boifren dengan wang yg diperolehi tadi? Mungkinkah???

Atau kucing tersebut benar² dah dapat adopter tengah² malam tersebut dalam perjalanan ke foster home mereka? ('Dalam perjalanan' sbb malam tu takde adoption drive). Ada kebarangkalian begitu kah?

Atau apakah???


Siapa yang harus dipersalahkan?

Kami akan salahkan pihak pertama, iaitu keluarga Cik H. Sebabnya :
1) Menyerahkan kucing tanpa persetujuan Cik H
2) Membuat bayaran tanpa ambil resit/agreement. Lagi² kepada Foster Home yang tatau la kewujudannya legal atau tidak.

Kami jugak akan menyalahkan Cik H. Sebabnya, kamu bukan budak kecik. Mana mungkin family kamu bole buat sesuka hati tanpa berbincang dengan kamu? Lebih² lagi yang menyerahkan kucing itu ialah adik kamu. Kalo saya, jangan kata kucing, bilik saya pun takde adik² yang berani jejak kaki. Kucing jantan akan bergaduh sbb mereka tidak di neuterkan. Itu perkara biasa. Hormonal behavior.

Kisah ini sekadar pengajaran untuk semua, bukan nak buka pekung mana² pihak lain. Dalam kes di atas, kami tak tuduh sape², tak salahkan sape².. sekadar ajak kamu semua berfikir bersama. Kami tak salahkan FH tersebut 100%. Tapi kami akui modus operandi mereka bertentangan dengan etika kami sebagai pencinta haiwan. Tapi, kewujudan FH sebegitu adalah di atas permintaan individu yang mau buang kucing² mereka.

Pada saya, FH cerdik sebab menggunakan peluang itu untuk menangguk di air keruh. Sebagai pemilik kucing, jangan jadi bodoh. Jangan jadi air keruh yg membenarkan orang lain menangguk kamu sewenang-wenangnya.

Yang jadik mangsa, kucing tersebut. Entah apa lah nasibnya saat ini :(

Fikir² kan...